Ahad, 26 September 2010

Berjinak-jinak dengan blog

     Apabila difikir-fikirkan, kita mempunyai banyak  jalan altenatif yang efektif dan efisien bagi meruntun  dan menyentuh hati-hati mad'u (orang yangg didakwah). Salah satu diantaranya yang cuba ana gunakan ialah, dengan memanfaatkan medium elektronik  sebaiknya seperti penggunaan "blog". Ia merupakan salah satu wasilah untuk kita sama-sama berkongsi buah fikiran.  Dan ana sekarang cuba mengorak langkah untuk  menceburkan diri dalam bidang penulisan "blog" ini.
     Bukan selama ini ana tidak mengambil cakna terhadap maafaat "blog", tetapi ana belum punya kekuatan untuk titipkan apa-apa perkara atau isu untuk dikongsikan bersama. Diri ini terlalu kerdil dan fakir. Hanya sekelumit ilmu sahaja yang mungkin boleh ana kongsikan bersama. Mudah-mudahan, sekelumit perkara itulah yang dipandang dan diberkati oleh-Nya. Amin..