- 3i iman:islam:ihsan (5)
- Akhir Zaman (6)
- Bahasa Santai (1)
- Hasil Kuliah (2)
- Musalsal (6)
- Perjalanan kehidupan (15)
- Renungan bersama (15)
~~Adalah lebih baik kita tahu apa yang kita tidak tahu, daripada kita tidak tahu apa yang kita sendiri tidak tahu. Lagilah parah kalau kita tidak tahu kemudian berpura-pura tahu jika nak dibandingkan dengan kita tahu tapi pura-pura tidak tahu..~~✿(◕‿-)✿673
Rabu, 11 Julai 2012
Kembara 33 : Kronologi Asrama Pelajar Johor Haiyyu Thamin
Marilah sama-sama kita soroti kembali sejarah pemilikan dan baikpulih Asrama Pelajar Johor (APJ) Haiyyu Thamin semenjak tahun 1981. Sejarah yang merakamkan pengorbanan dan kesungguhan generasi terdahulu Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir (BKPJM) dalam memastikan kebajikan dan kesinambungan anak-anak Johor yang menuntut di bumi bertuah ini terus terpelihara.
Sejarah ini penting untuk diungkap kembali supaya generasi sekarang lebih menghargai dan menyayangi nikmat keselesaan, kesatuan, dan keharmonian yang telah diperjuangkan oleh generasi terdahulu dalam BKPJM.
1981: Pembelian Asrama Pelajar Johor di Kaherah dari tuan rumah asal, Faiq Shihab Bisakhrun dilakukan pada tarikh 13 Julai 1981. Urusan pembelian telah disempurnakan oleh Duta Besar Malaysia ke Kaherah pada ketika itu TYT Haji Hasan Adli Bin Haji Arsyad.
Tuan rumah; Faiq Shihab Bisakhrun sendiri yang membaikpulih rumah Johor sepenuhnya sebagaimana pelan yang dikehendaki dan ianya terkandung dalam aqad perjanjian pembelian rumah.
1982: Asrama Pelajar Johor di Kaherah, Mesir telah dirasmikan oleh DYMM Al Marhum Sultan Iskandar Ibni Al Marhum Sultan Ismail Al Haj pada 12 November 1982.
Asrama yang didirikan ini merupakan hasil pungutan derma dan sumbangan ahli BKPJM, sumbangan orang ramai dan pihak kerajaan negeri Johor sendiri. Pun begitu, segala perkara yang berkaitan dengan Asrama Pelajar Johor ini diletakkan di bawah pihak Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dengan dikendalikan oleh Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor Di Mesir (BKPJM).
1997: Hasil lawatan kerja yang dibuat oleh Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) ke Mesir yang diketuai oleh YB Dato’ Rahmat Bin Abdul Rahman beliau bersetuju untuk mengubahsuai bangunan asrama pelajar Johor.
1998: Bangunan Asrama Pelajar Johor diubahsuai sepenuhnya dengan pembiayaan penuh oleh Yayasan Pelajaran Johor (YPJ).
2004: Rumah Johor dibaikpulih sekali lagi khusus di bahagian dewan dan cat bangunan dengan pembiayaan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor.
2010: Hasil permohonan pimpinan BKPJM selama beberapa sesi dan sokongan dari pihak Pegawai HEP Ust Ahmad Hanif Naim Asrama Pelajar Johor Haiyyu Thamin sekali lagi dibaikpulih dengan pembiayaan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor
Label:
Perjalanan kehidupan
Rabu, 7 September 2011
Kembara 32 : Syajarah Kutub As-Syafieyah
Kembara 31 : Bahasa Santai (Bahasa Arab Mesir) siri 1
Ini adalah pengenalan serba serbi mengenai Bahasa Arab Mesir (BAM). Bagi mereka-mereka yang sudah menguasai Bahasa Arab Santdard (BAS),tidak menjadi masalah dalam memahami BAM. BAM ini merupakan bahasa yang kita dapati tidaklah terlalu jauh perubahannya dengan BAS, sekadar peguasaan kaedah dan kecekapan dalam mengenal pasti perubahan huruf dan baris perlu dengan sebaiknya.
Perubahan Huruf.
Perubahan Huruf.
BAS | CONTOH | BAM | CONTOH |
ث ذ ض ظ ق | ثَلَّجَة Thallajah كَاذِب Kadhib مَضْبُوط madhbuth ظُهر zhur قَلَم qolam | ت د ظ ض ء | تَلَّجَة Tallagah كَادِب Kadib مَظْبُوط Mazhbuth ضُهر Dhur ئَلَم Alam |
Perubahan Baris.
BAS | BAM | MAKSUD |
بَيْت Bayt خَيْر Khair عَيْن ‘Ain غَيْر Ghair فَوْق Fawq نَوْم Nawm لَوْن Lawn | بِيْت Beet خِيْر Khir عِيْن ‘Een غِيْر Ghir فُوْق Fowq نُوْم Nowm لُوْن Lown | Rumah Baik Mata Selain Atas Tidur Warna |
Bunyi huruf hamzah (ء) BAS akan bertukar kepada ya (ي) BAM
BAS | BAM |
نائم Naim قرأ Qaraa’ حمراء Hamraa’ | نايم Nayim قرا Araa حمرا Hamra |
Selasa, 30 Ogos 2011
Kembara 30 : Titipan dari Perantauan Bumi Anbia' Mesir
![]() |
| Sekiranya kurang jelas, klik pada gambar tersebut. |
Khamis, 4 Ogos 2011
Kembara 29 : Istimewa kehadiranmu
Sya'ban melabuhkan tirai, Ramadhan datang bertandang. Menyambut kehadiranmu Ramadhan untuk kali keduanya di perantauan. Terdengar suara hati "mana mungkin kalau aku tak rindukan keluarga sendiri dan suasana di Malaysia. Mustahil!". Kunjunganmu membuatkan aku gembira dengan suasana yang agak berbeza di negara sendiri. Sungguh, jauh perjalanan banyak pengalaman. Tidak heranlah islam mengunjurkan bermusafir dan mengembara bagi mencari sesuatu yang tidak diperoleh di negara setempat. Kehadiran hari pertamamu disambut dengan dekorasi yang cantik. Kepelbagaian sinaran lampu yang berkelipan di setiap jendela dan binaan. Hidangan berbuka (Maidah Rahman) dimerata tempat. Turut tidak dilupakan kewujudan dan kemasyhuran lampu sejerus dirimu datang bertandang-Fanus-. Dirimu adalah satu perayaan bagi Mesir. Diimarah dan dirai dengan gemilang kerna bergondong-gondong manusia cuba memanfaatkan segala fadhilat yang ada pada dirimu. Setiap amal ibadat, bonus pahala akan dilipat kaligandakan. Kebanjiran manusia di rumah-rumah Allah. Maka, beruntunglah mereka. Menyerikan lagi suasana masjid dengan disarungi jubah-jubah putih. Terpancar kesucian bertepatan dengan hadis nabi. Kelunakkan suara imam jauh meresap dalam diri,terus hilang dan berlalunya rasa keletihan pada kaki. Tambahan pula, gemaan "Aamin" manusia ketika terawih, membuat jiwaku bergetar. Subahanallah. Sungguh, diri ini tidak mampu menyangkal suasana sebegini rupa pasti akan dirindui, lebih-lebih lagi saat-saat kepulangan diriku ke tanah air. Ramadhan Mesir..Ahlan Ramadhan..Ramadhan Kareem..Sanah Toyibin..
Rabu, 20 Julai 2011
Kembara 28 : Lihat dengan Mata, Nilai dengan Akal Fikiran. Jadi, pertimbangkanlah...
Sungguh, saya tidak dapat menyangkal keterlewatan saya untuk berkongsi di saat ini. Tetapi ini bukan bermaksud kerana saya baru tahu atau baru ambil cakna mengenai isu semasa yang berlaku di Malaysia pada 9 Julai yang lalu, cumanya hati berkata sekadar mengajak dan menyeru untuk membuka minda bersama-sama selaku manusia yang masih mempunyai akal fikiran yang waras kurniaan daripada-Nya.
Sebelum itu, saksikan dan nilailah , sungguhpun saya pasti amda sudah menyaksikannya sebelum ini.
"Kebenaran yang tidak dapat diselindung" - BERSIH 2.0 09/07/2011
Mampu menilai?? bagaimana pula jika dibandingkan dengan video dibawah ini.
Saya yakin, ada diantara anda mampu menilai pada kedua-dua video ini. Nah, lihatlah sudah terang lagi bersuluh!! Perhatikan terhadap kondusi polis-polis dalam mengawal dua situasi yang sama, cuma lokasi yang berbeza. Hilangnya nilai keperikemanusiaan di negara tercinta. Menyedihkan. Pada masa yang sama, saya juga ingin berkongsi sedikit perkara yang boleh dikatakan mencuit hati terhadap lawatan Najid dan isterinya menghadap Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham, London. Cuba lihat di sini.
Tujuan diterbitkan post ini hanyalah semata-mata untuk mengajak bagi menilai terhadap realiti yang berlaku. Saya akui, saya menyokong terhadap 8 tuntutan dalam BERSIH 2.0 ini. Cumanya, saya masih dalam status menimbangtara terhadap perlaksanaanya. Berbelah-bahagi. Terus, biarkan saya menimbangtaranya sendiri selaku pelajar yang cuba untuk berpegang pada konsep "Wasotiyah". Ini kerana setiap orang mempunyai pendapat yang berlainan. Ditakuti sebahagian tidak dapat menerima pendapat sebahagian yang lain dan yang lebih menggusarkan lagi, boleh menimbulkan perbalahan, pertengkaran dan saling meng'hujum' diantara satu sama yang lain.
Yang pasti, terus-meneruslah kita sama-sama berdoa agar ditunjukkan kebenaran terhadap kezaliman yang menimpa kita semua. Dan jangan pernah lekang mendoakan agar pemimpin kita dikurniakan hidayah Allah. Sungguh, hidayah Allah cukup luas. Ianya boleh datang dalam apa jua situasi. InsyaAllah..
Wallahu ta'ala a'lam...673
Sebelum itu, saksikan dan nilailah , sungguhpun saya pasti amda sudah menyaksikannya sebelum ini.
"Kebenaran yang tidak dapat diselindung" - BERSIH 2.0 09/07/2011
Mampu menilai?? bagaimana pula jika dibandingkan dengan video dibawah ini.
Saya yakin, ada diantara anda mampu menilai pada kedua-dua video ini. Nah, lihatlah sudah terang lagi bersuluh!! Perhatikan terhadap kondusi polis-polis dalam mengawal dua situasi yang sama, cuma lokasi yang berbeza. Hilangnya nilai keperikemanusiaan di negara tercinta. Menyedihkan. Pada masa yang sama, saya juga ingin berkongsi sedikit perkara yang boleh dikatakan mencuit hati terhadap lawatan Najid dan isterinya menghadap Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham, London. Cuba lihat di sini.
Tujuan diterbitkan post ini hanyalah semata-mata untuk mengajak bagi menilai terhadap realiti yang berlaku. Saya akui, saya menyokong terhadap 8 tuntutan dalam BERSIH 2.0 ini. Cumanya, saya masih dalam status menimbangtara terhadap perlaksanaanya. Berbelah-bahagi. Terus, biarkan saya menimbangtaranya sendiri selaku pelajar yang cuba untuk berpegang pada konsep "Wasotiyah". Ini kerana setiap orang mempunyai pendapat yang berlainan. Ditakuti sebahagian tidak dapat menerima pendapat sebahagian yang lain dan yang lebih menggusarkan lagi, boleh menimbulkan perbalahan, pertengkaran dan saling meng'hujum' diantara satu sama yang lain.
Yang pasti, terus-meneruslah kita sama-sama berdoa agar ditunjukkan kebenaran terhadap kezaliman yang menimpa kita semua. Dan jangan pernah lekang mendoakan agar pemimpin kita dikurniakan hidayah Allah. Sungguh, hidayah Allah cukup luas. Ianya boleh datang dalam apa jua situasi. InsyaAllah..
Wallahu ta'ala a'lam...673
Isnin, 18 Julai 2011
Kembara 27 : Perkongsian Sedikit Definisi dalam Muamalat
![]() |
| Persetujuan penjual dan pembeli. |
Jual Beli Fudhuli بيع فضولي
Berlakunya jual beli yang mana, barang yang dijual itu bukanlah hak milik sepenuhnya (hak milik orang lain), dan orang yang menjual itu pula telah menjual tanpa keizinan tuan empunya milik barang ataupun diwakilkan. Contohnya seorang anak telah pun menjual barang milik si ayah tanpa mendapat persetujuan si ayah terlebih dahulu.
Jual Beli Mua’tohبيع معاطاة
Telah berlaku jual beli yang mana penjual dan pembeli bersetuju di atas ketetapan harga dengan saling meredhai. Tetapi dalam situasi ini, tanpa dilafazkan sighah (ijab dan qobul). Contoh zaman sekarang, wujudnya mesin membeli minuman air tin dan air kotak. Jadi, jual beli ini terakad dan berlaku sungguhpun tiada sighah memandangkan pada 'uruf dan waqi' semasa.
Jual Beli Tas’irبيع تسعير
Harga barang yang telah dikawal oleh pemerintah dalam menetapkan sesuatu harga barang agar tidak menzalimi pembeli dan penjual. Contohnya gula, tepung beras dan keperluan-keperluan asas yang lain.
Jual Beli Urbunبيع عربون
Sesuatu barang yang dijual dengan dikenakan syarat perlu membayar separuh dari harga barang untuk dijadikan wang pendahuluan ataupun wang cengkeram (deposit). Dan bakinya akan dilangsaikan kemudian hari. Jika pembeli tidak bersetuju, wang tersebut tidak akan dipulangkan oleh penjual istilahnya “burn”. Contoh pembelian kereta.
Jual Beli Jizafبيع جذاف
Jualan barang secara longgokan tanpa mengira satu-satu secara khusus spesifik. Contohnya menjual jering, petai, buah-buahan seperti rambutan dan seumpama dengannya.
Jual Beli Mulamasahبيع ملامسة
Penjual dikira membeli sesuatu barang seperti baju sekiranya dia menyentuh barangan tersebut atau sekadar menyentuhnya di dalam gelap dan terus dikiran dijual. Hukum jual beli ini HARAM.
Jual Beli Munabazahبيع منابذة
Jual beli ini berlaku akibat dari pembeli masuk ke kedai, lalu terkena balingan batu penjual dan ianya terus dikira terakad dan dijual.
Jual Beli Hashohبيع حصاة
Jual beli ini berlaku dengan hanya membaling batu ataupun anak panah kearah mana-mana barang. Dan barang yang terkena tadi dikira terjual. Contoh suasana di “fun fair”.
Jual Beli Calon Anak Dari Janin yang Dikandung بيع حبل الحبلة
Penjualan hasil produksi yang masih belum jelas dan kesamaran. Contoh menjual anak lembu atau kambing yang masih dalam kandungan dan menyerahkan secara bertunda.
Jual Beli Najasy بيع نجش (Konsep Lelong)
Seseorang yang sengaja menawarkan harga pembelian yang tinggi sedangkan dia tidak pun berniat membelinya. Tujuannya supaya orang lain merasakan barangan tersebut bernilai tinggi. Dan mereka akan membelinya dengan harga yang lagi mahal.
![]() | |
| sekadar gambar hiasan |
Langgan:
Catatan (Atom)





