Rabu, 7 September 2011

Kembara 32 : Syajarah Kutub As-Syafieyah

Klik pada gambar untuk pembesaran

Kembara 31 : Bahasa Santai (Bahasa Arab Mesir) siri 1

Ini adalah pengenalan serba serbi mengenai Bahasa Arab Mesir (BAM). Bagi mereka-mereka yang sudah menguasai Bahasa Arab Santdard (BAS),tidak menjadi masalah dalam memahami BAM. BAM ini merupakan bahasa yang kita dapati tidaklah terlalu jauh perubahannya dengan BAS, sekadar peguasaan kaedah dan kecekapan dalam mengenal pasti perubahan huruf dan baris perlu dengan sebaiknya.

Perubahan Huruf.



BAS
CONTOH
BAM
CONTOH
ث
ذ
ض
ظ
ق
ثَلَّجَة    Thallajah
كَاذِب  Kadhib
مَضْبُوط  madhbuth
ظُهر  zhur
قَلَم  qolam
ت
د
ظ
ض
ء
تَلَّجَة   Tallagah
كَادِب   Kadib
مَظْبُوط   Mazhbuth
ضُهر  Dhur
ئَلَم   Alam

Perubahan Baris.

BAS
BAM
MAKSUD
بَيْت   Bayt
خَيْر   Khair
عَيْن   ‘Ain
غَيْر   Ghair
فَوْق   Fawq
نَوْم   Nawm
لَوْن   Lawn
بِيْت   Beet
خِيْر   Khir
عِيْن   ‘Een
غِيْر   Ghir
فُوْق   Fowq
نُوْم   Nowm
لُوْن   Lown
Rumah
Baik
Mata
Selain
Atas
Tidur
Warna


Bunyi huruf hamzah (ء) BAS akan bertukar kepada ya (ي) BAM

BAS
BAM
نائم      Naim
قرأ    Qaraa’
حمراء   Hamraa’
نايم   Nayim
قرا   Araa
حمرا   Hamra

Selasa, 30 Ogos 2011

Kembara 30 : Titipan dari Perantauan Bumi Anbia' Mesir

Sekiranya kurang jelas, klik pada gambar tersebut.
Dedikasikan untuk sesiapa yang mengenali diri ini..

Khamis, 4 Ogos 2011

Kembara 29 : Istimewa kehadiranmu



Sya'ban melabuhkan tirai, Ramadhan datang  bertandang. Menyambut kehadiranmu Ramadhan untuk kali keduanya di perantauan. Terdengar suara hati "mana mungkin kalau aku tak rindukan keluarga sendiri dan suasana di Malaysia. Mustahil!". Kunjunganmu membuatkan aku gembira dengan suasana yang agak berbeza di negara sendiri. Sungguh, jauh perjalanan banyak pengalaman. Tidak heranlah islam mengunjurkan bermusafir dan mengembara bagi mencari sesuatu yang tidak diperoleh di negara setempat. Kehadiran hari pertamamu disambut dengan dekorasi yang cantik. Kepelbagaian sinaran lampu yang berkelipan di setiap jendela dan binaan. Hidangan berbuka (Maidah Rahman) dimerata tempat. Turut tidak dilupakan kewujudan dan kemasyhuran lampu sejerus dirimu datang bertandang-Fanus-. Dirimu adalah satu perayaan bagi Mesir. Diimarah dan dirai dengan gemilang kerna bergondong-gondong manusia cuba memanfaatkan segala fadhilat yang ada pada dirimu. Setiap amal ibadat, bonus pahala akan dilipat kaligandakan. Kebanjiran manusia di rumah-rumah Allah. Maka, beruntunglah mereka. Menyerikan lagi suasana masjid dengan  disarungi jubah-jubah putih. Terpancar kesucian bertepatan dengan hadis nabi. Kelunakkan suara imam jauh meresap dalam diri,terus hilang dan berlalunya rasa keletihan pada kaki. Tambahan pula, gemaan "Aamin" manusia ketika terawih,  membuat jiwaku bergetar. Subahanallah. Sungguh, diri ini tidak mampu menyangkal suasana sebegini rupa pasti akan dirindui, lebih-lebih lagi saat-saat kepulangan diriku ke tanah air. Ramadhan Mesir..Ahlan Ramadhan..Ramadhan Kareem..Sanah Toyibin..

Rabu, 20 Julai 2011

Kembara 28 : Lihat dengan Mata, Nilai dengan Akal Fikiran. Jadi, pertimbangkanlah...

      Sungguh, saya tidak dapat menyangkal keterlewatan saya untuk berkongsi di saat ini. Tetapi ini bukan bermaksud kerana saya baru tahu atau baru ambil cakna mengenai isu semasa yang berlaku di Malaysia pada 9 Julai yang lalu, cumanya hati berkata sekadar mengajak dan menyeru untuk membuka minda bersama-sama selaku manusia yang masih mempunyai akal fikiran yang waras kurniaan daripada-Nya.

      Sebelum itu, saksikan dan nilailah , sungguhpun saya pasti amda sudah menyaksikannya sebelum ini.

"Kebenaran yang tidak dapat diselindung" - BERSIH 2.0 09/07/2011


Mampu menilai?? bagaimana pula jika dibandingkan dengan video dibawah ini.


      Saya yakin, ada diantara anda mampu menilai pada kedua-dua video ini. Nah, lihatlah sudah terang lagi bersuluh!! Perhatikan terhadap kondusi polis-polis dalam mengawal  dua situasi yang sama, cuma lokasi yang berbeza. Hilangnya nilai keperikemanusiaan di negara tercinta. Menyedihkan. Pada masa yang sama, saya juga ingin berkongsi sedikit perkara yang boleh dikatakan mencuit hati terhadap lawatan Najid dan isterinya menghadap Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham, London. Cuba lihat di sini. 


     Tujuan diterbitkan post ini hanyalah semata-mata untuk mengajak bagi menilai terhadap realiti yang berlaku. Saya akui, saya menyokong terhadap 8 tuntutan dalam BERSIH 2.0 ini. Cumanya, saya masih dalam status menimbangtara terhadap perlaksanaanya. Berbelah-bahagi. Terus, biarkan saya menimbangtaranya sendiri selaku pelajar yang cuba untuk berpegang pada konsep "Wasotiyah". Ini kerana setiap orang mempunyai pendapat yang berlainan.  Ditakuti sebahagian tidak dapat menerima pendapat sebahagian yang lain dan yang lebih menggusarkan lagi, boleh menimbulkan perbalahan, pertengkaran dan saling meng'hujum' diantara satu sama yang lain.


     Yang pasti, terus-meneruslah kita sama-sama berdoa agar ditunjukkan kebenaran terhadap kezaliman yang menimpa kita semua. Dan jangan pernah lekang mendoakan agar pemimpin kita dikurniakan hidayah Allah. Sungguh, hidayah Allah cukup luas. Ianya boleh datang dalam apa jua situasi. InsyaAllah..
Wallahu ta'ala a'lam...673

Isnin, 18 Julai 2011

Kembara 27 : Perkongsian Sedikit Definisi dalam Muamalat

Persetujuan penjual dan pembeli.

Jual Beli Fudhuli بيع فضولي
Berlakunya jual beli yang mana, barang yang dijual itu bukanlah hak milik sepenuhnya (hak milik orang lain), dan orang yang menjual itu pula telah menjual tanpa keizinan tuan empunya milik barang ataupun diwakilkan. Contohnya seorang anak telah pun menjual barang milik si ayah tanpa mendapat persetujuan si ayah terlebih dahulu.


Jual Beli Mua’tohبيع معاطاة 
Telah berlaku jual beli yang mana penjual dan pembeli bersetuju di atas ketetapan harga dengan saling meredhai. Tetapi dalam situasi ini, tanpa dilafazkan sighah (ijab dan qobul). Contoh zaman sekarang, wujudnya mesin membeli minuman air tin dan air kotak.  Jadi, jual beli ini terakad dan berlaku sungguhpun tiada sighah memandangkan pada 'uruf dan waqi' semasa.


Jual Beli Tas’irبيع تسعير
Harga barang yang telah dikawal oleh pemerintah dalam menetapkan sesuatu harga barang agar tidak menzalimi pembeli dan penjual. Contohnya gula, tepung beras dan keperluan-keperluan asas yang lain.

 
Jual Beli Urbunبيع عربون
Sesuatu barang yang dijual dengan dikenakan syarat perlu membayar separuh dari harga barang untuk dijadikan wang pendahuluan ataupun wang cengkeram (deposit). Dan bakinya akan dilangsaikan kemudian hari. Jika pembeli tidak bersetuju, wang tersebut tidak akan dipulangkan oleh penjual istilahnya “burn”. Contoh pembelian kereta.

 
Jual Beli Jizafبيع جذاف 
Jualan barang secara longgokan tanpa mengira satu-satu secara khusus spesifik. Contohnya menjual jering, petai, buah-buahan seperti rambutan dan seumpama dengannya.

 
Jual Beli Mulamasahبيع ملامسة 
Penjual dikira membeli sesuatu barang seperti baju sekiranya dia menyentuh barangan tersebut atau sekadar menyentuhnya di dalam gelap dan terus dikiran dijual. Hukum jual beli ini HARAM. 

 
Jual Beli Munabazahبيع منابذة 
Jual beli ini berlaku akibat dari pembeli masuk ke kedai, lalu terkena balingan batu penjual dan ianya terus dikira terakad dan dijual. 

 
Jual Beli Hashohبيع حصاة   
Jual beli ini berlaku dengan hanya membaling batu ataupun anak panah kearah mana-mana barang. Dan barang yang terkena tadi dikira terjual. Contoh suasana di “fun fair”.

 
Jual Beli Calon Anak Dari Janin yang Dikandung         بيع حبل الحبلة   
 Penjualan hasil produksi yang masih belum jelas dan kesamaran. Contoh menjual anak  lembu atau kambing yang masih dalam kandungan dan menyerahkan secara bertunda.


Jual Beli Najasy    بيع نجش  (Konsep Lelong)
Seseorang yang sengaja menawarkan harga pembelian yang tinggi sedangkan dia tidak pun berniat membelinya. Tujuannya supaya orang lain merasakan barangan tersebut bernilai tinggi. Dan mereka akan membelinya dengan harga yang lagi mahal.

sekadar gambar hiasan
 

Ahad, 3 April 2011

Kembara 26: Kisah Seorang Ahli Sufi

Artikel ini mengenai Hasan Al-Bashri diambil dari jalansufi.com

Lahir dan pertumbuhannya: Nama Hasan bin Yasar, maula (hamba yang dimerdekakan untuk laki-laki, untuk perempuan maulat) milik sahabat yang mulia Zaid bin Tsabit dan ibunya, Khairah maulat milik Ummu Salamah, istri Nabi saw. Hasan lahir di Madinah, kira-kira tahun 30 H, dia dibesarkan di rumah isteri-isteri Nabi, terutama rumah Umu Salamah. Dia terdidik di pangkuan Umu Salamah yang merupakan salah satu wanita Arab yang paling sempurna akal pikirannya, paling bijaksana, isteri Nabi yang paling luas ilmuanya dan paling banyak meriwayatkan hadis dari beliau. Juga termasuk hitungan wanita Arab yang tahu tulis baca di zaman Jahiliah. Hasan juga mendapatkan kehormatan dapat menyusu dari Umu Salamah pada saat ibunya pergi untuk suatu keperluan. Maksud Umu Salamah hanya untuk menghibur Hasan kecil yang sedang menangis karena lapar tetapi dengan kehendak Allah tetek beliau mengeluarkan susu. Demikianlah Hasan terus berpindah-pindah dari rumah Ibu kaum Mukminin yang satu ke rumah Ibu kaum Mukminin yang lain. Dari iklim yang bersih itu Hasan menghirup akhlak, agama dan ilmu pengetahuan. Menuntut ilmu: Hasan berguru kepada sahabat-sahabat terkemuka di Masjid Rasul saw. seperti; Usman bin Affan, Abdullah bin Abbas, Ali bin Abi Thalib, Abu Musa Al-Asy‘ari, Anas bin Malik, Jabir bin Abdullah dan Abdullah bin Umar. Lalu dia pindah ke Basrah bersama kedua orang tuanya. Basrah pada saat itu adalah salah satu pusat keilmuan terbesar. Masjidnya selalu ramai dengan para sahabat yang datang silih berganti, terutama Abdullah bin Abbas yang selalu disertai oleh Hasan Al-Bashri. Dari sahabat inilah dia belajar tafsir, hadis dan ilmu membaca Alquran. Dari sahabat lain Hasan belajar fikih, sastra dan bahasa, hingga menjadi orang yang ilmunya paling banyak pada zamannya. Akhirnya banyak orang yang mendatangi majlis pengajian Hasan yang menjadi banyak dicintai orang dan namanya terkenal ke mana-mana. Pujian ulama kepada dirinya: Salah seorang sahabat dekatnya, Khalid bin Shafwan mengatakan, “Dia adalah orang yang batinnya sama dengan lahirnya dan perkataannya sama dengan perbuatannya. Apabila berpesan untuk melakukan kebaikan dia adalah orang yang paling banyak melakukannya dan apabila melarang dari keburukan dia adalah orang yang paling banyak meninggalkannya. Saya benar-benar telah mendapatkannya sebagai orang yang tidak menidakkan orang lain di saat orang lain sangat menidakkan dirinya.” Maslamah bin Abdul Malik juga mengatakan tentang dirinya, “Bagaimana bisa tersesat suatu kaum padahal di dalamnya ada Hasan Al-Bashri?” Nasihatnya kepada para penguasa: Dia tidak pernah meninggalkan memberikan nasihat kepada para penguasa apabila hal itu dia anggap benar, meskipun keras. Sampai pada saat dimintai pendapat oleh Umar bin Hubairah tentang perintah yang diberikan oleh khalifah Yazid bin Abdul Malik yang menurutnya tidak tepat, “Ibn Hubairah! Takutlah kepada Allah dalam melaksanakan perintah Yazid dan jangan takut kepada Yazid dalam melaksanakan perintah Allah. Ketahuilah bahwa Allah swt. pasti melindungimu dari Yazid, sedang Yazid tidak mampu melindungimu dari Allah. Ibn Hubairah, sebentar lagi akan datang kepadamu seorang malaikat yang kejam dan tidak pernah melanggar perintah Allah, untuk memindahkanmu dari depan dan istana yang luas ini ke kuburan sempit yang tidak engkau temukan Yazid di sana. Sebaliknya engkau akan menemukan amal perbuatanmu yang melanggar perintah Tuhan Yazid. Ibn Hubairah! Jika engkau bersama Allah dan taat kepada-Nya, akan selamat dari musibah Ibn Abdul Malik di dunia dan akhirat. Tetapi jika bersama Yazid dalam melakukan maksiat kepada Allah, Allah akan menyerahkan dirimu kepada Yazid. Ketahuilah wahai Ibn Hubairah! Bahwa seorang makhluk siapapun orangnya tidak boleh ditaati jika dia melanggar perintah Allah.” Ibn Hubairah lalu menangis hingga air matanya membasahi janggutnya. Pesan-pesannya: Pesan-pesan Hasan Al-Bashri menggetarkan hati, menggugah orang-orang yang lalai dan membuat air mata pendengarnya bercucuran. Dia pernah mengatakan, “Permisalan antara dunia dan akhirat adalah bagaikan timur dan barat. Apabila engkau bertambah dekat ke salah satu dua arah itu, berarti anda telah bertambah jauh dari akhirat. Dunia adalah kampung, permulaannya susah payah dan akhirnya kebinasaan. Dalam barang halalnya perhitungan, dan dalam barang haramnya siksaan. Barangsiapa merasa cukup dengannya, dia telah tertipu, barang siapa membutuhkannya, dia bersedih.” Wafatnya: Hasan Al-Basri wafat pada tahun 110 H. Ketika itu penduduk Bashrah berbondong-bondong mengantar jenazahnya pada hari Jumat, awal Rajab. Semoga Allah memberinya kasih sayang yang luas.