Selasa, 30 Ogos 2011

Kembara 30 : Titipan dari Perantauan Bumi Anbia' Mesir

Sekiranya kurang jelas, klik pada gambar tersebut.
Dedikasikan untuk sesiapa yang mengenali diri ini..

Khamis, 4 Ogos 2011

Kembara 29 : Istimewa kehadiranmu



Sya'ban melabuhkan tirai, Ramadhan datang  bertandang. Menyambut kehadiranmu Ramadhan untuk kali keduanya di perantauan. Terdengar suara hati "mana mungkin kalau aku tak rindukan keluarga sendiri dan suasana di Malaysia. Mustahil!". Kunjunganmu membuatkan aku gembira dengan suasana yang agak berbeza di negara sendiri. Sungguh, jauh perjalanan banyak pengalaman. Tidak heranlah islam mengunjurkan bermusafir dan mengembara bagi mencari sesuatu yang tidak diperoleh di negara setempat. Kehadiran hari pertamamu disambut dengan dekorasi yang cantik. Kepelbagaian sinaran lampu yang berkelipan di setiap jendela dan binaan. Hidangan berbuka (Maidah Rahman) dimerata tempat. Turut tidak dilupakan kewujudan dan kemasyhuran lampu sejerus dirimu datang bertandang-Fanus-. Dirimu adalah satu perayaan bagi Mesir. Diimarah dan dirai dengan gemilang kerna bergondong-gondong manusia cuba memanfaatkan segala fadhilat yang ada pada dirimu. Setiap amal ibadat, bonus pahala akan dilipat kaligandakan. Kebanjiran manusia di rumah-rumah Allah. Maka, beruntunglah mereka. Menyerikan lagi suasana masjid dengan  disarungi jubah-jubah putih. Terpancar kesucian bertepatan dengan hadis nabi. Kelunakkan suara imam jauh meresap dalam diri,terus hilang dan berlalunya rasa keletihan pada kaki. Tambahan pula, gemaan "Aamin" manusia ketika terawih,  membuat jiwaku bergetar. Subahanallah. Sungguh, diri ini tidak mampu menyangkal suasana sebegini rupa pasti akan dirindui, lebih-lebih lagi saat-saat kepulangan diriku ke tanah air. Ramadhan Mesir..Ahlan Ramadhan..Ramadhan Kareem..Sanah Toyibin..