Rabu, 7 September 2011

Kembara 32 : Syajarah Kutub As-Syafieyah

Klik pada gambar untuk pembesaran

Kembara 31 : Bahasa Santai (Bahasa Arab Mesir) siri 1

Ini adalah pengenalan serba serbi mengenai Bahasa Arab Mesir (BAM). Bagi mereka-mereka yang sudah menguasai Bahasa Arab Santdard (BAS),tidak menjadi masalah dalam memahami BAM. BAM ini merupakan bahasa yang kita dapati tidaklah terlalu jauh perubahannya dengan BAS, sekadar peguasaan kaedah dan kecekapan dalam mengenal pasti perubahan huruf dan baris perlu dengan sebaiknya.

Perubahan Huruf.



BAS
CONTOH
BAM
CONTOH
ث
ذ
ض
ظ
ق
ثَلَّجَة    Thallajah
كَاذِب  Kadhib
مَضْبُوط  madhbuth
ظُهر  zhur
قَلَم  qolam
ت
د
ظ
ض
ء
تَلَّجَة   Tallagah
كَادِب   Kadib
مَظْبُوط   Mazhbuth
ضُهر  Dhur
ئَلَم   Alam

Perubahan Baris.

BAS
BAM
MAKSUD
بَيْت   Bayt
خَيْر   Khair
عَيْن   ‘Ain
غَيْر   Ghair
فَوْق   Fawq
نَوْم   Nawm
لَوْن   Lawn
بِيْت   Beet
خِيْر   Khir
عِيْن   ‘Een
غِيْر   Ghir
فُوْق   Fowq
نُوْم   Nowm
لُوْن   Lown
Rumah
Baik
Mata
Selain
Atas
Tidur
Warna


Bunyi huruf hamzah (ء) BAS akan bertukar kepada ya (ي) BAM

BAS
BAM
نائم      Naim
قرأ    Qaraa’
حمراء   Hamraa’
نايم   Nayim
قرا   Araa
حمرا   Hamra

Selasa, 30 Ogos 2011

Kembara 30 : Titipan dari Perantauan Bumi Anbia' Mesir

Sekiranya kurang jelas, klik pada gambar tersebut.
Dedikasikan untuk sesiapa yang mengenali diri ini..

Khamis, 4 Ogos 2011

Kembara 29 : Istimewa kehadiranmu



Sya'ban melabuhkan tirai, Ramadhan datang  bertandang. Menyambut kehadiranmu Ramadhan untuk kali keduanya di perantauan. Terdengar suara hati "mana mungkin kalau aku tak rindukan keluarga sendiri dan suasana di Malaysia. Mustahil!". Kunjunganmu membuatkan aku gembira dengan suasana yang agak berbeza di negara sendiri. Sungguh, jauh perjalanan banyak pengalaman. Tidak heranlah islam mengunjurkan bermusafir dan mengembara bagi mencari sesuatu yang tidak diperoleh di negara setempat. Kehadiran hari pertamamu disambut dengan dekorasi yang cantik. Kepelbagaian sinaran lampu yang berkelipan di setiap jendela dan binaan. Hidangan berbuka (Maidah Rahman) dimerata tempat. Turut tidak dilupakan kewujudan dan kemasyhuran lampu sejerus dirimu datang bertandang-Fanus-. Dirimu adalah satu perayaan bagi Mesir. Diimarah dan dirai dengan gemilang kerna bergondong-gondong manusia cuba memanfaatkan segala fadhilat yang ada pada dirimu. Setiap amal ibadat, bonus pahala akan dilipat kaligandakan. Kebanjiran manusia di rumah-rumah Allah. Maka, beruntunglah mereka. Menyerikan lagi suasana masjid dengan  disarungi jubah-jubah putih. Terpancar kesucian bertepatan dengan hadis nabi. Kelunakkan suara imam jauh meresap dalam diri,terus hilang dan berlalunya rasa keletihan pada kaki. Tambahan pula, gemaan "Aamin" manusia ketika terawih,  membuat jiwaku bergetar. Subahanallah. Sungguh, diri ini tidak mampu menyangkal suasana sebegini rupa pasti akan dirindui, lebih-lebih lagi saat-saat kepulangan diriku ke tanah air. Ramadhan Mesir..Ahlan Ramadhan..Ramadhan Kareem..Sanah Toyibin..

Rabu, 20 Julai 2011

Kembara 28 : Lihat dengan Mata, Nilai dengan Akal Fikiran. Jadi, pertimbangkanlah...

      Sungguh, saya tidak dapat menyangkal keterlewatan saya untuk berkongsi di saat ini. Tetapi ini bukan bermaksud kerana saya baru tahu atau baru ambil cakna mengenai isu semasa yang berlaku di Malaysia pada 9 Julai yang lalu, cumanya hati berkata sekadar mengajak dan menyeru untuk membuka minda bersama-sama selaku manusia yang masih mempunyai akal fikiran yang waras kurniaan daripada-Nya.

      Sebelum itu, saksikan dan nilailah , sungguhpun saya pasti amda sudah menyaksikannya sebelum ini.

"Kebenaran yang tidak dapat diselindung" - BERSIH 2.0 09/07/2011


Mampu menilai?? bagaimana pula jika dibandingkan dengan video dibawah ini.


      Saya yakin, ada diantara anda mampu menilai pada kedua-dua video ini. Nah, lihatlah sudah terang lagi bersuluh!! Perhatikan terhadap kondusi polis-polis dalam mengawal  dua situasi yang sama, cuma lokasi yang berbeza. Hilangnya nilai keperikemanusiaan di negara tercinta. Menyedihkan. Pada masa yang sama, saya juga ingin berkongsi sedikit perkara yang boleh dikatakan mencuit hati terhadap lawatan Najid dan isterinya menghadap Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham, London. Cuba lihat di sini


     Tujuan diterbitkan post ini hanyalah semata-mata untuk mengajak bagi menilai terhadap realiti yang berlaku. Saya akui, saya menyokong terhadap 8 tuntutan dalam BERSIH 2.0 ini. Cumanya, saya masih dalam status menimbangtara terhadap perlaksanaanya. Berbelah-bahagi. Terus, biarkan saya menimbangtaranya sendiri selaku pelajar yang cuba untuk berpegang pada konsep "Wasotiyah". Ini kerana setiap orang mempunyai pendapat yang berlainan.  Ditakuti sebahagian tidak dapat menerima pendapat sebahagian yang lain dan yang lebih menggusarkan lagi, boleh menimbulkan perbalahan, pertengkaran dan saling meng'hujum' diantara satu sama yang lain.


     Yang pasti, terus-meneruslah kita sama-sama berdoa agar ditunjukkan kebenaran terhadap kezaliman yang menimpa kita semua. Dan jangan pernah lekang mendoakan agar pemimpin kita dikurniakan hidayah Allah. Sungguh, hidayah Allah cukup luas. Ianya boleh datang dalam apa jua situasi. InsyaAllah..
Wallahu ta'ala a'lam...673

Isnin, 18 Julai 2011

Kembara 27 : Perkongsian Sedikit Definisi dalam Muamalat

Persetujuan penjual dan pembeli.

Jual Beli Fudhuli بيع فضولي
Berlakunya jual beli yang mana, barang yang dijual itu bukanlah hak milik sepenuhnya (hak milik orang lain), dan orang yang menjual itu pula telah menjual tanpa keizinan tuan empunya milik barang ataupun diwakilkan. Contohnya seorang anak telah pun menjual barang milik si ayah tanpa mendapat persetujuan si ayah terlebih dahulu.


Jual Beli Mua’tohبيع معاطاة 
Telah berlaku jual beli yang mana penjual dan pembeli bersetuju di atas ketetapan harga dengan saling meredhai. Tetapi dalam situasi ini, tanpa dilafazkan sighah (ijab dan qobul). Contoh zaman sekarang, wujudnya mesin membeli minuman air tin dan air kotak.  Jadi, jual beli ini terakad dan berlaku sungguhpun tiada sighah memandangkan pada 'uruf dan waqi' semasa.


Jual Beli Tas’irبيع تسعير
Harga barang yang telah dikawal oleh pemerintah dalam menetapkan sesuatu harga barang agar tidak menzalimi pembeli dan penjual. Contohnya gula, tepung beras dan keperluan-keperluan asas yang lain.

 
Jual Beli Urbunبيع عربون
Sesuatu barang yang dijual dengan dikenakan syarat perlu membayar separuh dari harga barang untuk dijadikan wang pendahuluan ataupun wang cengkeram (deposit). Dan bakinya akan dilangsaikan kemudian hari. Jika pembeli tidak bersetuju, wang tersebut tidak akan dipulangkan oleh penjual istilahnya “burn”. Contoh pembelian kereta.

 
Jual Beli Jizafبيع جذاف 
Jualan barang secara longgokan tanpa mengira satu-satu secara khusus spesifik. Contohnya menjual jering, petai, buah-buahan seperti rambutan dan seumpama dengannya.

 
Jual Beli Mulamasahبيع ملامسة 
Penjual dikira membeli sesuatu barang seperti baju sekiranya dia menyentuh barangan tersebut atau sekadar menyentuhnya di dalam gelap dan terus dikiran dijual. Hukum jual beli ini HARAM. 

 
Jual Beli Munabazahبيع منابذة 
Jual beli ini berlaku akibat dari pembeli masuk ke kedai, lalu terkena balingan batu penjual dan ianya terus dikira terakad dan dijual. 

 
Jual Beli Hashohبيع حصاة   
Jual beli ini berlaku dengan hanya membaling batu ataupun anak panah kearah mana-mana barang. Dan barang yang terkena tadi dikira terjual. Contoh suasana di “fun fair”.

 
Jual Beli Calon Anak Dari Janin yang Dikandung         بيع حبل الحبلة   
 Penjualan hasil produksi yang masih belum jelas dan kesamaran. Contoh menjual anak  lembu atau kambing yang masih dalam kandungan dan menyerahkan secara bertunda.


Jual Beli Najasy    بيع نجش  (Konsep Lelong)
Seseorang yang sengaja menawarkan harga pembelian yang tinggi sedangkan dia tidak pun berniat membelinya. Tujuannya supaya orang lain merasakan barangan tersebut bernilai tinggi. Dan mereka akan membelinya dengan harga yang lagi mahal.

sekadar gambar hiasan
 

Ahad, 3 April 2011

Kembara 26: Kisah Seorang Ahli Sufi

Artikel ini mengenai Hasan Al-Bashri diambil dari jalansufi.com

Lahir dan pertumbuhannya: Nama Hasan bin Yasar, maula (hamba yang dimerdekakan untuk laki-laki, untuk perempuan maulat) milik sahabat yang mulia Zaid bin Tsabit dan ibunya, Khairah maulat milik Ummu Salamah, istri Nabi saw. Hasan lahir di Madinah, kira-kira tahun 30 H, dia dibesarkan di rumah isteri-isteri Nabi, terutama rumah Umu Salamah. Dia terdidik di pangkuan Umu Salamah yang merupakan salah satu wanita Arab yang paling sempurna akal pikirannya, paling bijaksana, isteri Nabi yang paling luas ilmuanya dan paling banyak meriwayatkan hadis dari beliau. Juga termasuk hitungan wanita Arab yang tahu tulis baca di zaman Jahiliah. Hasan juga mendapatkan kehormatan dapat menyusu dari Umu Salamah pada saat ibunya pergi untuk suatu keperluan. Maksud Umu Salamah hanya untuk menghibur Hasan kecil yang sedang menangis karena lapar tetapi dengan kehendak Allah tetek beliau mengeluarkan susu. Demikianlah Hasan terus berpindah-pindah dari rumah Ibu kaum Mukminin yang satu ke rumah Ibu kaum Mukminin yang lain. Dari iklim yang bersih itu Hasan menghirup akhlak, agama dan ilmu pengetahuan. Menuntut ilmu: Hasan berguru kepada sahabat-sahabat terkemuka di Masjid Rasul saw. seperti; Usman bin Affan, Abdullah bin Abbas, Ali bin Abi Thalib, Abu Musa Al-Asy‘ari, Anas bin Malik, Jabir bin Abdullah dan Abdullah bin Umar. Lalu dia pindah ke Basrah bersama kedua orang tuanya. Basrah pada saat itu adalah salah satu pusat keilmuan terbesar. Masjidnya selalu ramai dengan para sahabat yang datang silih berganti, terutama Abdullah bin Abbas yang selalu disertai oleh Hasan Al-Bashri. Dari sahabat inilah dia belajar tafsir, hadis dan ilmu membaca Alquran. Dari sahabat lain Hasan belajar fikih, sastra dan bahasa, hingga menjadi orang yang ilmunya paling banyak pada zamannya. Akhirnya banyak orang yang mendatangi majlis pengajian Hasan yang menjadi banyak dicintai orang dan namanya terkenal ke mana-mana. Pujian ulama kepada dirinya: Salah seorang sahabat dekatnya, Khalid bin Shafwan mengatakan, “Dia adalah orang yang batinnya sama dengan lahirnya dan perkataannya sama dengan perbuatannya. Apabila berpesan untuk melakukan kebaikan dia adalah orang yang paling banyak melakukannya dan apabila melarang dari keburukan dia adalah orang yang paling banyak meninggalkannya. Saya benar-benar telah mendapatkannya sebagai orang yang tidak menidakkan orang lain di saat orang lain sangat menidakkan dirinya.” Maslamah bin Abdul Malik juga mengatakan tentang dirinya, “Bagaimana bisa tersesat suatu kaum padahal di dalamnya ada Hasan Al-Bashri?” Nasihatnya kepada para penguasa: Dia tidak pernah meninggalkan memberikan nasihat kepada para penguasa apabila hal itu dia anggap benar, meskipun keras. Sampai pada saat dimintai pendapat oleh Umar bin Hubairah tentang perintah yang diberikan oleh khalifah Yazid bin Abdul Malik yang menurutnya tidak tepat, “Ibn Hubairah! Takutlah kepada Allah dalam melaksanakan perintah Yazid dan jangan takut kepada Yazid dalam melaksanakan perintah Allah. Ketahuilah bahwa Allah swt. pasti melindungimu dari Yazid, sedang Yazid tidak mampu melindungimu dari Allah. Ibn Hubairah, sebentar lagi akan datang kepadamu seorang malaikat yang kejam dan tidak pernah melanggar perintah Allah, untuk memindahkanmu dari depan dan istana yang luas ini ke kuburan sempit yang tidak engkau temukan Yazid di sana. Sebaliknya engkau akan menemukan amal perbuatanmu yang melanggar perintah Tuhan Yazid. Ibn Hubairah! Jika engkau bersama Allah dan taat kepada-Nya, akan selamat dari musibah Ibn Abdul Malik di dunia dan akhirat. Tetapi jika bersama Yazid dalam melakukan maksiat kepada Allah, Allah akan menyerahkan dirimu kepada Yazid. Ketahuilah wahai Ibn Hubairah! Bahwa seorang makhluk siapapun orangnya tidak boleh ditaati jika dia melanggar perintah Allah.” Ibn Hubairah lalu menangis hingga air matanya membasahi janggutnya. Pesan-pesannya: Pesan-pesan Hasan Al-Bashri menggetarkan hati, menggugah orang-orang yang lalai dan membuat air mata pendengarnya bercucuran. Dia pernah mengatakan, “Permisalan antara dunia dan akhirat adalah bagaikan timur dan barat. Apabila engkau bertambah dekat ke salah satu dua arah itu, berarti anda telah bertambah jauh dari akhirat. Dunia adalah kampung, permulaannya susah payah dan akhirnya kebinasaan. Dalam barang halalnya perhitungan, dan dalam barang haramnya siksaan. Barangsiapa merasa cukup dengannya, dia telah tertipu, barang siapa membutuhkannya, dia bersedih.” Wafatnya: Hasan Al-Basri wafat pada tahun 110 H. Ketika itu penduduk Bashrah berbondong-bondong mengantar jenazahnya pada hari Jumat, awal Rajab. Semoga Allah memberinya kasih sayang yang luas.

Kembara 25: Hari Kemerdekaan serentak dengan Ramadhan/Syawal

DULU  
  • 31 Ogos 1976 = 5 Ramadhan 1396 (Selasa)
  • 31 Ogos 1977 = 16 Ramadhan 1397 (Rabu)
  • 31 Ogos 1978 = 27 Ramadhan 1398 (Khamis)
  • 31 Ogos 1979 = 8 Syawal 1399 (Jumaat)
  • 31 Ogos 1980 = 20 Syawal 1400 (Ahad)
  • 31 Ogos 2009 = 10 Ramadhan 1430 (Isnin)
  • 31 Ogos 2010 = 21 Ramadhan 1431 (Selasa)
SEKARANG DAN AKAN DATANG

  • 31 Ogos 2011 = 2 Syawal 1432 (Rabu)
  • 31 Ogos 2012 = 13 Syawal 1433 (Jumaat)
  • 31 Ogos 2013 = 24 Syawal 1434 (Sabtu)
  • 31 Ogos 2041 = 5 Ramadhan 1463 (Sabtu)
  • 31 Ogos 2042 = 16 Ramadhan 1464 (Ahad)
  • 31 Ogos 2043 = 26 Syawal 1465 (Isnin)
  • 31 Ogos 2044 = 8 Syawal 1466 (Rabu)
  • 31 Ogos 2045 = 18 Syawal 1467 (Khamis)
  • 31 Ogos 2046 = 29 Syawal 1468 (Jumaat)

Sabtu, 26 Mac 2011

Kembara 24: Mengejar populariti, hilangnya agama..



Isi hati meluahkan rasa sedih dan kesal melihat seorang pelakon remaja perempuan.
Berusia 18tahun dalam  rancangan Galaksi di TV9. Dengan memperagakan pakaian yang memalukan. Menampakkan aset selaku perempuan islam.
Kalau nak cakap bertudung jauh sekali. 
Siapa yang menyaksikan boleh membuat penilaian sendiri terhadap gaya fesyen yang konon "trend kini". 
 Pabila wartawan mengajukan soalan"kenapa pilih pakaian ni?" Dengan 'slamber' menjawab "sebab saya berani menggayakannya, kita kena ada self-confident dalam diri kalo nk lakukan sesuatu". Memang cukup berani !! Sungguh memalukan..wartawan mengajukan lagi soalan "awak tak rasa malu ke orang ramai nampak awak punya aset keperempuanan?" Jawapannya "ala..nampak skit je, bukannye banyak pon.." Bila ditanya berkali-kali, masih menjawab dengan alasan yang sama "bukan nampak banyak la.." Lepas tu diasak dengan pelbagai soalan dari wartawan, dia nak menyalahkan mentaliti orang Malaysia. Apa ini semua?? Permasalahannya, ini soal agama, bukan kerana mentaliti sesiapa..
Adakah kerna mengejarkan populariti, hilangnya agama? 
sungguh tegar !!!

ALLAHUMUMMA INNI A'UZUBIKA 
MIN FITNATIL MASIHID-DAJJAL,
WA MIN FITNATIL MAHYA WAL MAMAT, 
WA MIN FITNATID-DUNYA, 
WA MIN FITNATIN-NISAK.

ERTINYA:
 Ya Allah, aku bermohon perlindungan dari-Mu 
agar jauhkanlah
hamba-Mu ini dari fitnah dajjal,
dan dari fitnah kehidupan dan kematian,
dan dari fitnah dunia,
dan juga dari fitnah wanita.
 AMIN YA ROBBAL 'ALAMIN...


Khamis, 3 Mac 2011

Kembara 23: THE BLESSING OF KNOWLEDGE

                FROM BOOK :

The Blessing of Knowledge

~And Allah taught you that which you knew not. And Ever-Great is the Grace of Allah unto you [ O' Muhammad ].~        {Qur'an  4: 113}

Ignorance kills one's conscience and soul.

~I admonish you, lest you be one of the ignorant.~        {Qur'an 11: 46}

    Knowledge is a light that leads to wisdom. It is life for one's soul and fuel for one's character
.
~Is he who was dead [ without Faith by ignorance and disbelief  ] We gave him life [ by knowledge and Faith ] and set for him a light [ of Belief ] whereby he can walk amongst men, like him who is in the darkness [ of disbelief, polytheism and hypocrisy ] from which he can never come out ?~    {Qur'an 6:122}

    Happiness and high-spiritedness come with enlightenment, because through knowledge, one may fulfill his goal and discover what was previously hidden from him. The  soul, by its very nature, longs for the acquisition of new knowledge to stimulate it and the mind.
    Ignorance is boredom and grief, because the ignorant person leads a lifee that never offers anything new or mind ptovoking. Yesterday is like today, which in turn is like tomorrow.
    If you desire happiness, then seek out kknowledge and enlightenment, and you will find that anxiety, depression, and grief will leave you.

~And say: 'My Lord! Increase me in knowledge'.~    {Qur'an 20:114}
~Read! In the Name of your Lord , who has created [all that exists].~    {Qur'an 96:1}


    The Prophet (Blessings and Peace be upon him) said:
        "If Allah wishes good for someone, He gives him an understanding of
        the Religion."


    Therefore f someone ignorant, let him not be proud of either his wealth or his status  in society: his life is lacking in meaning and his achievements are woefully incomplete.

~Shall he then who knows that what has been revealed unto you [O' Muhammad] from your Lord is the truth be like him who is blind?~    {Qur'an 13:19}

        Az-Zamarkhshari, the well known commentator of the Qur'an , said in verse form:
    "The sleepless nights I spend in learning the sciences are more beloved to me tnan the     company or caresses of the enchanting woman. My rap turous exhilaration when     understanding a difficult concept, is more delicious to me than the most exotic drink,     More delightful to me tha the sound of a woman's hand on the drum, are my hand on     my papers in order to remove dust. O' he who tries to attain my level  by wishful     thinking, how much difference there is between the one who climbs and reaches the  summit, Do I toil through the night, while you sleep throuh it, yet you hope to surpass  me?"

How noble is enlightenment ! And through it, how happy is the soul !

~Is he who is on a clear proof from his Lord , like those for whom their evil deeds that they do are beautified for them, while they follow their own lusts [evil desires]?~    {Qur'an 47:14}

Rabu, 16 Februari 2011

Kembara22:Sahah al-Langkatiyah al-Husofiyah: Sanad Maulid Barzanji

Artikel dari: Sahah al-Langkatiyah al-Husofiyah: Sanad Maulid Barzanji


Maulid Barzanji merupakan kitab yang memuji dan menceritakan kehidupan Rasulullah s.a.w, selalu di baca dan dilantunkan orang ketika datangnya bulan Rabi`ul awwal di berbagai daerah dan negara seperti Indonesia, Malaysia, Brunai, Singapura dan Thailand, Maulid Barzanji sangat terkenal dan populer di Asia Tenggara, bahkan di sebahagian tempat Maulid Barzanji di baca ketika acar a perkawinan, acara khitanan, dan acara-acara lainnya.

Kitab Maulid Barzanji diserang dan di perangi oleh sebahagian orang yang menganggap acara Maulid Nabi Muhammad s.a.w. adalah salah satu perbuatan bid`ah, tetapi permasalahan ini adalah masalah khilafiyah yang kebanyakkan umat islam berpegang teguh dengan bolehnya mengadakan maulid Rasul selama cara tersebut tidak berunsur hal-hal yang haram dan dilarang oleh Allah dan Nabinya.



Maulid Barzanji adalah karangan dari seorang ulama besar terkemuka dimasa beliau, telah berhasil memberikan jasa dan peninggalan yang berharga bagi umat islam.

Nama lengkap pengarang Barzanji

Sayyid Ja`far bin Sayyid Hasan bin Sayyid Abdul Karim bin Sayyid Muhammad bin Abdurrasul al-Barzanji al-Madani as-Syafi`i.

Beliau di lahirkan di kota Madinah, asal usul beliau dari golongan ulama-ulama besar yang memiliki keilmuan yang tinggi, dan dari keturunan Rasulullah s.a.w, beliau memiliki sifat yang soleh dan penyantun, suka menolong orang lain, rajin beribadah dan beramal soleh.

Syeikh Muhammad Khalil al-Muradi pengarang kitab Silku ad-Durar memuji beliau dengan ungkapan :  Beliau seorang Syeikh yang mulia lagi alim, satu-satunya orang yang hebat didalam segala bidang ilmu, Mufti mazhab Syafi`iyyah di kota suci Madinah.

Selanjutnya Syeikh Muhammad Khalil al-Muradi memuji lagi : Beliau hebat didalam berpidato dan membuat karangan, sehingga beliau menjadi seorang Imam dan khatib Masjid Nabawi, dan beliau juga seorang tenaga pengajar di Masjid Nabawi. Menulis berbagai macam kitab yang bermanfa`at dan karangan yang indah.

Beliau meninggal dunia pada tahun 1177 hijriyyah sebagaimana yang telah disebutkan didalam kitab Silku ad-Durari.

Sanad Kami kepada Imam Ja`far al-Barzanji

Berkata seorang hamba yang faqir lagi hina Muhammad Husni Ginting bin Muhammad Hayat Ginting al-Langkati : Saya meriwayatkan kitab Maulid Barzanji dari Syeikh Saya al-Alim as-Syeikh Ahmad Damanhuri bin Arman al-Banteni wafat tahun 1426 hijriyah, beliau meriwayatkan dari gurunya al-Allamah al-Muhaddis as-Syeikh Umar Hamdan al-Mahrisi at-Tunisi al-Madani wafat tahun 1368 hijriyyah, beliau meriwayatkan dari al-Allamah Syeikh Sayyid Ahmad bin Ismail al-Barzanji Mufti mazhab Syafi`i di Madinah, beliau meriwayatkan dari ayahandanya Sayyid Ismail bin Sayyid Zainal Abidin al-Barzanji, beliau meriwayatkan dari ayahnya al-Allamah Sayyid Zainal Abidin bin Sayyid Muhammad Abdul Hadi al-Barzanji, beliau meriwayatkan dari ayahandanya al-Allamah Sayyid Muhammad Abdul Hadi al-Barzanji, beliau meriwayatkan dari pamannya al-Allamah al-Faqih Syeikh Sayyid Ja`far bin Sayyid Hasan bin Sayyid Abdul Karim al-Barzanji pengarang kitab " Maulid al-Barzanji ".

Saya al-Faqir al-Langkati mengijazahkan sanad khusus ini bagi siapa saja yang ingin menerimanya, semoga berkat dan kita termasuk orang yang menyampaikan ilmu dan amanat kepada umat islam.

Zaqaziq , Syarqia Mesir 12 Rabi`ul Awwal 1432 hijriyyah.

Rujukkan :

1 - Silku ad-Durar Fi A`yani al-Qarni as-Tsani Asyar : 13 / 2 ,karangan Syeikh Muhammad Khalil al-Muradi al-Hanafi, terbitan Dar Sodir Bairut, cetakkan pertama tahun 1422-2001.

"Saya al-Faqir al-Langkati mengijazahkan sanad khusus ini bagi siapa saja yang ingin menerimanya, semoga berkat dan kita termasuk orang yang menyampaikan ilmu dan amanat kepada umat islam".


al-fakir ila-Allah,
Abu fadhil Mohamad Syakirin b Mohd Khalid, berkata:

قبلت
وجزاكم الله خير الجزاء