Isnin, 18 Julai 2011

Kembara 27 : Perkongsian Sedikit Definisi dalam Muamalat

Persetujuan penjual dan pembeli.

Jual Beli Fudhuli بيع فضولي
Berlakunya jual beli yang mana, barang yang dijual itu bukanlah hak milik sepenuhnya (hak milik orang lain), dan orang yang menjual itu pula telah menjual tanpa keizinan tuan empunya milik barang ataupun diwakilkan. Contohnya seorang anak telah pun menjual barang milik si ayah tanpa mendapat persetujuan si ayah terlebih dahulu.


Jual Beli Mua’tohبيع معاطاة 
Telah berlaku jual beli yang mana penjual dan pembeli bersetuju di atas ketetapan harga dengan saling meredhai. Tetapi dalam situasi ini, tanpa dilafazkan sighah (ijab dan qobul). Contoh zaman sekarang, wujudnya mesin membeli minuman air tin dan air kotak.  Jadi, jual beli ini terakad dan berlaku sungguhpun tiada sighah memandangkan pada 'uruf dan waqi' semasa.


Jual Beli Tas’irبيع تسعير
Harga barang yang telah dikawal oleh pemerintah dalam menetapkan sesuatu harga barang agar tidak menzalimi pembeli dan penjual. Contohnya gula, tepung beras dan keperluan-keperluan asas yang lain.

 
Jual Beli Urbunبيع عربون
Sesuatu barang yang dijual dengan dikenakan syarat perlu membayar separuh dari harga barang untuk dijadikan wang pendahuluan ataupun wang cengkeram (deposit). Dan bakinya akan dilangsaikan kemudian hari. Jika pembeli tidak bersetuju, wang tersebut tidak akan dipulangkan oleh penjual istilahnya “burn”. Contoh pembelian kereta.

 
Jual Beli Jizafبيع جذاف 
Jualan barang secara longgokan tanpa mengira satu-satu secara khusus spesifik. Contohnya menjual jering, petai, buah-buahan seperti rambutan dan seumpama dengannya.

 
Jual Beli Mulamasahبيع ملامسة 
Penjual dikira membeli sesuatu barang seperti baju sekiranya dia menyentuh barangan tersebut atau sekadar menyentuhnya di dalam gelap dan terus dikiran dijual. Hukum jual beli ini HARAM. 

 
Jual Beli Munabazahبيع منابذة 
Jual beli ini berlaku akibat dari pembeli masuk ke kedai, lalu terkena balingan batu penjual dan ianya terus dikira terakad dan dijual. 

 
Jual Beli Hashohبيع حصاة   
Jual beli ini berlaku dengan hanya membaling batu ataupun anak panah kearah mana-mana barang. Dan barang yang terkena tadi dikira terjual. Contoh suasana di “fun fair”.

 
Jual Beli Calon Anak Dari Janin yang Dikandung         بيع حبل الحبلة   
 Penjualan hasil produksi yang masih belum jelas dan kesamaran. Contoh menjual anak  lembu atau kambing yang masih dalam kandungan dan menyerahkan secara bertunda.


Jual Beli Najasy    بيع نجش  (Konsep Lelong)
Seseorang yang sengaja menawarkan harga pembelian yang tinggi sedangkan dia tidak pun berniat membelinya. Tujuannya supaya orang lain merasakan barangan tersebut bernilai tinggi. Dan mereka akan membelinya dengan harga yang lagi mahal.

sekadar gambar hiasan
 

1 ulasan: