Sungguh, saya tidak dapat menyangkal keterlewatan saya untuk berkongsi di saat ini. Tetapi ini bukan bermaksud kerana saya baru tahu atau baru ambil cakna mengenai isu semasa yang berlaku di Malaysia pada 9 Julai yang lalu, cumanya hati berkata sekadar mengajak dan menyeru untuk membuka minda bersama-sama selaku manusia yang masih mempunyai akal fikiran yang waras kurniaan daripada-Nya.
Sebelum itu, saksikan dan nilailah , sungguhpun saya pasti amda sudah menyaksikannya sebelum ini.
"Kebenaran yang tidak dapat diselindung" - BERSIH 2.0 09/07/2011
Mampu menilai?? bagaimana pula jika dibandingkan dengan video dibawah ini.
Saya yakin, ada diantara anda mampu menilai pada kedua-dua video ini. Nah, lihatlah sudah terang lagi bersuluh!! Perhatikan terhadap kondusi polis-polis dalam mengawal dua situasi yang sama, cuma lokasi yang berbeza. Hilangnya nilai keperikemanusiaan di negara tercinta. Menyedihkan. Pada masa yang sama, saya juga ingin berkongsi sedikit perkara yang boleh dikatakan mencuit hati terhadap lawatan Najid dan isterinya menghadap Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham, London. Cuba lihat di sini.
Tujuan diterbitkan post ini hanyalah semata-mata untuk mengajak bagi menilai terhadap realiti yang berlaku. Saya akui, saya menyokong terhadap 8 tuntutan dalam BERSIH 2.0 ini. Cumanya, saya masih dalam status menimbangtara terhadap perlaksanaanya. Berbelah-bahagi. Terus, biarkan saya menimbangtaranya sendiri selaku pelajar yang cuba untuk berpegang pada konsep "Wasotiyah". Ini kerana setiap orang mempunyai pendapat yang berlainan. Ditakuti sebahagian tidak dapat menerima pendapat sebahagian yang lain dan yang lebih menggusarkan lagi, boleh menimbulkan perbalahan, pertengkaran dan saling meng'hujum' diantara satu sama yang lain.
Yang pasti, terus-meneruslah kita sama-sama berdoa agar ditunjukkan kebenaran terhadap kezaliman yang menimpa kita semua. Dan jangan pernah lekang mendoakan agar pemimpin kita dikurniakan hidayah Allah. Sungguh, hidayah Allah cukup luas. Ianya boleh datang dalam apa jua situasi. InsyaAllah..
Wallahu ta'ala a'lam...673
Tiada ulasan:
Catat Ulasan