Jumaat, 7 September 2012

Kembara 37 : Penyakit AL-WAHN (Cintakan dunia dan takutkan mati)

Penyakit AL-WAHN (Cintakan dunia dan takutkan mati) 
Gambar hiasan

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

عَنْ ثَوْبَانَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ( يُوشِكُ الْأُمَمُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ كَمَا تَدَاعَى الْأَكَلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا فَقَالَ قَائِلٌ وَمِنْ قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ قَالَ بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغ

ُثَاءِ السَّيْلِ وَلَيَنْزَعَنَّ اللَّهُ مِنْ صُدُورِ عَدُوِّكُمْ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ وَلَيَقْذِفَنَّ اللَّهُ فِي قُلُوبِكُمْ الْوَهْنَ فَقَالَ قَائِلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا الْوَهْنُ قَالَ حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ)

“Begitu hampir waktunya orang-orang kafir saling menyeru untuk menyerang kamu semua dari segala penjuru sebagaimana orang-orang lapar mengerumuni dulang berisi makanan.”

Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah pada ketika itu bilangan kami sedikit?”

Nabi menjawab, “Tidak, sebaliknya pada ketika itu bilangan kamu amat ramai, tetapi kamu seperti buih-buih di air laut. Sesungguhnya Allah akan mencabut rasa takut dari hati musuh-musuh kamu terhadap kamu. Dan Allah mencampakkan dalam hati kamu al-Wahn.”

Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apa yang dimaksudkan dengan al-Wahn?”

Rasulullah menjawab, “Cintakan dunia dan takutkan mati.”
|H.R Abu Daud|

===================================================================

Baginda s.a.w telah bersabda bahawa Allah akan mencampakkan dalam diri manusia itu penyakit "AL-WAHN". Sesungguhnya manusia itu tidak akan boleh lari daripada penyakit AL-WAHN tersebut melainkan kita terus berdoa kepada-Nya agar dijauhi.

■ Syahid (petunjuk) daripada hadis yang menerangkan, sungguh dan pastinya Allah akan mencampakkan penyakit WAHN itu pada kalimah " وَلَيَقْذِفَنَّ".

Menurut kaedah bahasa arab dalam urutan memperkukuhkan sesuatu kalam itu apabila ianya ditambahi "nun tawkid tsaqilah". Jelas ia akan menjadi يَقْذِفَنَّ yang bermaksud "sungguh dicampakkan", itu adalah tingkatan kedua untuk memperkukuhkan kalam selepas "nun tawkid khafifah". Dan bilamana ditambahi dengan "lam" ia menjadikan tingkatan tertinggi dalam menguatkan dan memperkukuhkan sesuatu kalam " وَلَيَقْذِفَنَّ" yang bermaksud "sungguh dan pasti dicampakkan".

■"Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil dan tidak mahu mendermakan harta di jalan Allah s.w.t. Manakala “takut mati" pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agarna Allah s.w.t.

Kita berdoa agar Allah s.w.t. menurunkan nushrah-Nya kepada kaum muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat. Insyallah.

■ Doa untuk dijauhi daripada penyakit WAHN.

اللــهم مَتِّــعْــنَا بِـأَسْــمَاعِــنَا و أَبْـصَارِنَا وَقُــوَّتِــنَا مَـا أَحْيَيْــتَـنَا وَ اجـعَلَــهُ الـوَارِثَ مِـــنَّا وَاجــعَل ثَــأْرَنَـا على مَـن ظَــلَـمَـنَا وَانـصُرنَا على مَـن عَـتادَانَا ولا تَــجْـعَلْ مُـصِيْبَـتَـنَا في دِيـنِـنَا ولا تَــجعَـلِ الــدُّنْـيَا أَكْــبَـرَهَـمِّـنَا ولا مَـبْلَـغَ عِلْمْــنَا ولا تُسَلِّـطْ عَـلَــيْنَا مَن لا يَـــرْحَـمُـنَا.

(Doa ini terdapat pada sebahagian doa khatam al-Quran)~~✿(◠‿◠) & (◕‿-)✿

| Sekadar perkongsian dan sedia menerima teguran sekiranya terdapat kesalahan |

2 ulasan:

  1. Sumber perkongsian ilmu
    http://www.kainkapanku.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. ونحن قد لا تكون الفقاعات التي تنشأ وتختفي
    أسأل الله أن يعطينا جيد (القلب)

    BalasPadam