| Kisah Ma'iz bin Malik |
Sahabat Nabi SAW yang tidak segan-segan untuk minta ditegakkan hudud (rejam ke atas dirinya yang telah melakukan zina) agar dengan cara ini dapat membersihkan dosa-dosanya lalu segera kembali kepada Allah dengan segera bertaubat.
Dari sunan Nasa'ie dan Abu Daud dan Ahmad daripada hadis Naa'im b. Hazal berkata: Ma'iz telah melakukan seuatu perkara yang keji dengan seorang jariyah, maka dia telah datang menemui seseorang (iaitu Hazal) lalu berkata: Sesungguhnya aku telah melakukan perkara yang keji, apa yang patut aku lakukan? berkata Hazal: Datanglah kepada Rasulullah dan beritahulah kepada baginda SAW terhadap apa yang telah kau lakukan. Moga-moga baginda memaafkan kamu -dengan harapan cara ini akan menjadi jalan keluar di atas perbuatannya-.
Baginda SAW telah mengetahui khabar ini dan berasa marah. Bilamana Ma'iz pergi menemui baginda SAW dengan segera, lalu baginda bertanya: Adakah benar apa yang telah sampai kepadaku tentang diri kau? Ma'iz berkata: Dan apakah yang telah sampai berita kepada kau mengenai aku? Berkata (baginda): adakah kau telah melakukan zina dengan seorang jariah? Ma'iz berkata: Ya, dan aku mahu kau (nabi) laksanakan had (hukuman) yang telah disyaria'atkan agar kau berkenan membersihkan diriku.
Lantas baginda SAW berpaling menolak pengakuannya dan beredar sambil berkata: baliklah! Sampailah keesokkan harinya, dia datang lagi kepada baginda sambil berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku telah berzina.” Namun baginda tetap menolak pengakuannya buat yang kedua kalinya. Sehinggalah Ma'iz tidak putus asa untuk bertemu dengan baginda agar baginda menerima pengakuaannya buat kali yang ke-4.
Lalu baginda pun bertanya kepadanya: kau lakukan dengan siapa? berkata: dengan si fulanah. bertanya baginda: adakah kau berjimak dengannya? menjawab: Ya. bertanya lagi: adakah kau menggaulinya? menjawab: Ya.
Sebelum persoalan ini diaantara baginda dan Ma'iz, baginda berkata: mungkin kau sekadar bercumbuan sahaja dan mungkin juga kau bersentuh-sentuhan saja..(menunjukkan beratnya hati nabi untu menerima sahabatnya melakukkan perkara keji dan dilaksankan hudud (rejam) ke atas diri Ma'iz)
Bilamana nabi telah mendapatkan kepastian terhadap perlakuaan zina itu, baginda bertanya: adakah kau ni gila? menjawab Ma'iz: tak ya Rasulullah. Berkata lagi: Kau berzina dengan orang yang sudah berkahwin? menjawab Ma'iz: ya. lalu baginda menuju kepada kaumnya untuk bertanya tentang keadaan Ma'iz. “Apakah kalian tahu bahwa pada akalnya Ma’iz ada sesuatu yang tidak kena dan bermasalah?” mereka menjawab, “Kami tidak yakin jika Ma’iz terganggu fikirannya, setahu kami dia adalah orang yang baik dan masih sehat akalnya.” Maka nabi SAW pun mengarahkan: pergilah kamu semua bersama-sama dengan Ma'iz ke Baqi' untuyk dijalankan rejaman dengan batu ke atas Ma'iz.
Sewaktu Ma'iz merasa sakit dengan rejaman batu itu, dia cuba keluar dan melarikan diri di atas kesakitan tersebut, tetapi sebahagian sahabat kejar untuk mendapatkan Ma'iz bagi meneruskan rejaman sehinggalah dia mati. Berita ini telah sampai dalam pengetahuan baginda, lalu berkata: tidakkah kau membiarkan Ma'iz melarikan diri, moga-moga dia bertaubat.
Kemudian baginda berkata kepada Hazal: Demi Allah ya Hazal, Kalau kau menyembunyikan dalam pengetahuan kau, itu adalah lebih baik terhadap apa yang kau telah cadangkan kepadanya (Ma'iz) untuk bertemu denganku mengakui kepadaku.
Pada waktu itu, terdapatlah 2puak, yang pertama berkata: binasalah Maiz dengan dengan kesalahan yang dia lakukan. Puak kedua berkata: Tiada Taubat yang lebih afdhal daripada taubat Ma'iz. Sesungguhnya Ma'iz telah datang kepada nabi SAW dan meletakkan tangannya ke atas tangan baginda SAW sambil berkata: Kau bunuhlah aku dengan rejaman batu.
Berlalulah hari, nabi SAW telah datangi kepada mereka sedang mereka semuanya dalam keadaan duduk. Maka baginda membri salam dan terus duduk Baginda berkata: Pintalan keampunan bagi Ma'iz b Malik. Maka mereka berkata: Semoga Allah mengampuni Ma'iz. Baginda berkata: Sesungguhnya Mai'z telah bertaubat (ketika datang menemui Rasulullah ketika meletakkan tangannya ke atas tangan baginda SAW) dengan sebanar-benar taubat. Kalaulah dibahagi-bahagikan taubat yang dipinta Mai'z itu kepada semua umat, pasti taubat itu meliputi semua umat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan