[22 Ogos 2013, Khamis]
Sayangkan sesuatu
itu biar berkadaran. Agar kelak, perginya tidak diratapi.
Kekecohan yang berlaku akibat rampasan kuasa oleh
tentera abd. Fattah As-sisi bermulanya pergulingan pada 3 Julai yang lalu.
Kini, sana sini sekatan jalan raya dan juga
kuatkuasa perintah berkurung bermula jam 7 malam sehingga 6 pagi.
Dan aku hari ini, niat ke suatu tempat El-Marg
bagi menziarahi teman Arab Misry menjadikan perjalanan hari ini “HITAM”.
AKU, Van pendek berwarna putih, 5 orang arab Misry & pergelutan. Hari ‘hitam’ yang menyelubungi dengan rasa hiba, pasrah dan bertawakkal kepada Allah.

Pisau pendek usah dikata, diacu dengan aku berasa
ketakutan. Malang tanpa berbau, cermin mata, Samsung galaxy s II, buku
israilliyat moden, buku tulis, kerneh kuliah, kad EME, passport dan duit
sekitar LE80 menjadi buruan mereka berlima. Rakus! Beg selimpang Azhar kepunyaan
Helmi yang dipinjam, putus dipotong.
# Terkenang detik rumah sewa dipecah masuk kali pertama, laptop vaio putih sempat bersama hanya 6 bulan.

# Hari ini, perginya Galaxy S II belum cukup
tempoh setahun hanya 9 bulan telah pergi dipinjam mereka berlima.
Ujian menimpa satu persatu. Sudah jatuh ditimpa tangga. Khabar natijah yang ditangguh kejayaannya, kemudian peristiwa hari ini datang menerpa. Apa jua ujian yang diberikan, harus kuat. Allah tahu tahap kemampuan hamba-hambanya dalam menerima ujian yang diberikan olehNya.
Patah tumbuh, Hilang berganti.
قال الشيخ الشعراوي:
إذا أخذ الله منك ما لم تتوقع ضياعه، فسوف يعطيك ما لم تتوقع تملكه.
"Jika Allah mengambil dari kamu sesuatu yang kamu tak duga dengan kehilangan (sesuatu benda) , maka Allah akan berikan kepada kamu sesuatu yang kamu tak duga untuk kamu memilikinya."
اللهم اجعلنا من النعماء من الشاكــــــــــــرين ، و عند البلاء من الصابرين ، و لك في جميع أمورنا ذاكــــــرين.
حسبي الله و نعم الوكيل..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan