Jumaat, 7 September 2012

Kembara 37 : Penyakit AL-WAHN (Cintakan dunia dan takutkan mati)

Penyakit AL-WAHN (Cintakan dunia dan takutkan mati) 
Gambar hiasan

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

عَنْ ثَوْبَانَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ( يُوشِكُ الْأُمَمُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ كَمَا تَدَاعَى الْأَكَلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا فَقَالَ قَائِلٌ وَمِنْ قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ قَالَ بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغ

ُثَاءِ السَّيْلِ وَلَيَنْزَعَنَّ اللَّهُ مِنْ صُدُورِ عَدُوِّكُمْ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ وَلَيَقْذِفَنَّ اللَّهُ فِي قُلُوبِكُمْ الْوَهْنَ فَقَالَ قَائِلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا الْوَهْنُ قَالَ حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ)

“Begitu hampir waktunya orang-orang kafir saling menyeru untuk menyerang kamu semua dari segala penjuru sebagaimana orang-orang lapar mengerumuni dulang berisi makanan.”

Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah pada ketika itu bilangan kami sedikit?”

Nabi menjawab, “Tidak, sebaliknya pada ketika itu bilangan kamu amat ramai, tetapi kamu seperti buih-buih di air laut. Sesungguhnya Allah akan mencabut rasa takut dari hati musuh-musuh kamu terhadap kamu. Dan Allah mencampakkan dalam hati kamu al-Wahn.”

Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apa yang dimaksudkan dengan al-Wahn?”

Rasulullah menjawab, “Cintakan dunia dan takutkan mati.”
|H.R Abu Daud|

===================================================================

Baginda s.a.w telah bersabda bahawa Allah akan mencampakkan dalam diri manusia itu penyakit "AL-WAHN". Sesungguhnya manusia itu tidak akan boleh lari daripada penyakit AL-WAHN tersebut melainkan kita terus berdoa kepada-Nya agar dijauhi.

■ Syahid (petunjuk) daripada hadis yang menerangkan, sungguh dan pastinya Allah akan mencampakkan penyakit WAHN itu pada kalimah " وَلَيَقْذِفَنَّ".

Menurut kaedah bahasa arab dalam urutan memperkukuhkan sesuatu kalam itu apabila ianya ditambahi "nun tawkid tsaqilah". Jelas ia akan menjadi يَقْذِفَنَّ yang bermaksud "sungguh dicampakkan", itu adalah tingkatan kedua untuk memperkukuhkan kalam selepas "nun tawkid khafifah". Dan bilamana ditambahi dengan "lam" ia menjadikan tingkatan tertinggi dalam menguatkan dan memperkukuhkan sesuatu kalam " وَلَيَقْذِفَنَّ" yang bermaksud "sungguh dan pasti dicampakkan".

■"Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil dan tidak mahu mendermakan harta di jalan Allah s.w.t. Manakala “takut mati" pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agarna Allah s.w.t.

Kita berdoa agar Allah s.w.t. menurunkan nushrah-Nya kepada kaum muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat. Insyallah.

■ Doa untuk dijauhi daripada penyakit WAHN.

اللــهم مَتِّــعْــنَا بِـأَسْــمَاعِــنَا و أَبْـصَارِنَا وَقُــوَّتِــنَا مَـا أَحْيَيْــتَـنَا وَ اجـعَلَــهُ الـوَارِثَ مِـــنَّا وَاجــعَل ثَــأْرَنَـا على مَـن ظَــلَـمَـنَا وَانـصُرنَا على مَـن عَـتادَانَا ولا تَــجْـعَلْ مُـصِيْبَـتَـنَا في دِيـنِـنَا ولا تَــجعَـلِ الــدُّنْـيَا أَكْــبَـرَهَـمِّـنَا ولا مَـبْلَـغَ عِلْمْــنَا ولا تُسَلِّـطْ عَـلَــيْنَا مَن لا يَـــرْحَـمُـنَا.

(Doa ini terdapat pada sebahagian doa khatam al-Quran)~~✿(◠‿◠) & (◕‿-)✿

| Sekadar perkongsian dan sedia menerima teguran sekiranya terdapat kesalahan |

Kembara 36 : Bagaimana mengurus kemarahan??




~~Bagaimana mengurus kemarahan??

Marah merupakan pintu paling besar diantara pintu kemasukan yang lain bagi syaitan untuk masuk ke dalam diri manusia. Rasulullah juga pernah marah, akan tetapi kemarahan baginda kerana Allah. Tiada pun kem
arahan baginda kerana nafsu.

■ Sifat marah Nabi:
-Muka baginda kemerahan, jelas kelihatan peluh. Akan tetapi tak pernah marahnya baginda itu melainkan kerana yang HAK.

■ Bagaimana memadamkan batu kemarahan?? :
-Baginda bersabda,"Sesungguhnya kemarahan itu batuan daripada neraka.Dan sesungguhnya kemarahan itu adalah daripada syaitan, dan syaitan itu daripada api. dan sesungguhnya, tidak akan terpadamnya api melainkan dengan air.jadi,sekiranya kamu marah, maka berwuduklah!"

■ Apa yang perlu dilakukan ketika rasa marah??:
-pertama sekali bacalah a'uzubillahi minasy syaitonnir rojim.
-kemudian berdoalah kepada Allah, Ya Allah, Kau hilangkanlah kemarahan dalam hatiku.
-dan seterusnya, berlalu pergi meninggalkan tempat tersebut.
-dan duduk terus sampailah hilang kemarahan tersebut.
-dan apa yg paling penting ditekankan oleh baginda adalah TERUS DIAM.
Baginda bersabda,"Jika kamu marah, maka diamlah!". Kerana ketika marah akan terkeluar perkataan-perkataan yang tak dingini seperti talak.

| Sebahagian daripada intipati video, dan teruskan mmendengar dan hayati..|~~✿(◠‿◠) & (◕‿-)✿

Ahad, 22 Julai 2012

Kembara 35 : Sejarah Asrama Pelajar Johor di Iskandariah



Tahun 2005, setelah selesai urusan penyewaan Asrama Pelajar Johor di Iskandariah, Pengarah MAIJ ketika itu Dato' Ibrahim Endan mencadangkan agar diletakkan seorang jaga di bangunan tersebut tetapi kemudiannya bersetuju dengan cadangan YDP BKPJM untuk meletakkan rumah mutazawwijin (pasangan yang telah berkahwin) menggantikan jaga bagi menjaga keselamatan penghuni Asrama Pelajar Johor (APJ) Iskandariah.

Pada tahun 2007 Pengarah MAIJ Dato' Zaini Osman bersama KPP zakat mencadangkan agar rumah mutazawwijin di APJ Iskandariah itu dimansuhkan bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar johor (akhawat) di Iskandariah memenuhi seluruh syaqah di bangunan tersebut. Tindakan tersebut difikirkan rasional kerana MAIJ telah mengeluarkan sejumlah peruntukan untuk menyewa rumah tersebut demi keselesaan dan penempatan pelajar. Justeru semua syaqah perlu dimanfaatkan kepada pelajar.

Berbeza dengan apa yang berlaku di Kaherah pada hari ini. Rumah Johor yang telah dibeli sekian lama untuk menempatkan pelajar johor, terutama pelajar-pelajar baru dan pelajar yang susah kini semakin menyusut bilangan syaqahnya (bilik). Ini disebabkan beberapa syaqah telah diperuntukkan kepada pengurus asrama dan pembantu tadbir. Bahagian dalam dewan turut menjadi sempit disebabkan penambahan ruangan pejabat pengurus asrama.

Dan maklumat terkini yang diterima pihak kerajaan negeri telah bersetuju untuk menghantar beberapa orang lagi pegawai untuk membantu pengurusan di pejabat pengurus asrama pelajar Johor di Mesir. Maka mungkinkah akan ada beberapa syaqah lagi yang terpaksa 'dikorbankan' bagi memberi laluan kepada pegawai-pegawai tersebut??

Tahukah anda bahawa Rumah Johor hanya mempunyai beberapa buah syaqah sahaja untuk menempatkan pelajar??

Kesimpulannya, anak-anak Johor sepatutnya merasa lebih selesa dan merasa terjamin kebajikannya 'serba serbi' apabila sejumlah pegawai telah dan akan dihantar ke Mesir khusus untuk memberi khidmat bakti kepada pelajar.

Namun apa yang berlaku kini adalah sebaliknya. Bahkan pelajar Johor kini merasa sangat sempit untuk berorganisasi, mendapatkan peruntukan program, memohon bantuan zakat, memohon untuk masuk asrama, dengan prosedur-prosedur yang terlalu ketat dan melecehkan. Pelajar boleh membayangkan betapa lapang dan harmoninya anak-anak Johor satu ketika dahulu sebelum kedatangan para pegawai ke bumi Mesir.

Justeru bukan bilangan kakitangan yang perlu ditambah tetapi kualiti kerja para pegawai yang perlu untuk dipertingkatkan.

Adakah pegawai-pegawai yang dihantar ini benar-benar telah melaksanakan '19 item' dalam senarai tugas pegawai khas di Rumah Johor Kaherah sebagaimana yang telah digariskan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor?? Kita akan sama-sama membuat penilaian.

Semoga luahan ikhlas anak Johor ini didengari dan mendapat perhatian semua pihak.


Coretan daripada Ust.Firdauz bin Noh  

Kembara 34 : Tergamakkah Kita??

Sebuah keluarga - Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir [BKPJM] - yang telah dibina pada tahun 1970. Keluarga ini telah mengemudi bahtera sudah hampir 42 tahun. Sudah mencapai usia yang cukup matang. Melahirkan pejuang dan ulama dari generasi ke generasi. Keluarga yang tidak kenal erti penat dan lelah.Mereka cuba sedaya upaya demi melihat kebajikan dan perpaduan terlaksana untuk anak-anaknya (ahli-ahlinya). Akur dan redha. Keluarga ini menyedari bahawasanya mereka bukanlah yang terbaik, tetapi cuba berusaha ke arah yang terbaik. Suka duka, pahit manis dilalui bersama dengan tabah dan cekal sehinggalah ke hari ini.


Kini, ada pula tangan-tangan yang tidak selesa melihat kebahagian keluarga ini. Tangan-tangan yang berusaha membikin onar untuk melihat perpecahan dikalangan ahli keluarga yang sedia ada. Tergamakkah kita melihat keluarga yang sekian lama terbina dihancurkan ?? Tidak terhitung pengorbanan mereka yang terdahulu. Dan alangkah sedihnya mereka, sekiranyanya mendapati kesatuan ini cuba dibubarkan. Wa iyazubillah.BKPJM KELUARGA KITA!!.~~

✿(◠‿◠) & (◕‿-)✿


 

Rabu, 11 Julai 2012

Kembara 33 : Kronologi Asrama Pelajar Johor Haiyyu Thamin



Marilah sama-sama kita soroti kembali sejarah pemilikan dan baikpulih Asrama Pelajar Johor (APJ) Haiyyu Thamin semenjak tahun 1981. Sejarah yang merakamkan pengorbanan dan kesungguhan generasi terdahulu Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir (BKPJM) dalam memastikan kebajikan dan kesinambungan anak-anak Johor yang menuntut di bumi bertuah ini terus terpelihara.

Sejarah ini penting untuk diungkap kembali supaya generasi sekarang lebih menghargai dan menyayangi nikmat keselesaan, kesatuan, dan keharmonian yang telah diperjuangkan oleh generasi terdahulu dalam BKPJM.

1981: Pembelian Asrama Pelajar Johor di Kaherah dari tuan rumah asal, Faiq Shihab Bisakhrun dilakukan pada tarikh 13 Julai 1981. Urusan pembelian telah disempurnakan oleh Duta Besar Malaysia ke Kaherah pada ketika itu TYT Haji Hasan Adli Bin Haji Arsyad.

Tuan rumah; Faiq Shihab Bisakhrun sendiri yang membaikpulih rumah Johor sepenuhnya sebagaimana pelan yang dikehendaki dan ianya terkandung dalam aqad perjanjian pembelian rumah.

1982: Asrama Pelajar Johor di Kaherah, Mesir telah dirasmikan oleh DYMM Al Marhum Sultan Iskandar Ibni Al Marhum Sultan Ismail Al Haj pada 12 November 1982.

Asrama yang didirikan ini merupakan hasil pungutan derma dan sumbangan ahli BKPJM, sumbangan orang ramai dan pihak kerajaan negeri Johor sendiri. Pun begitu, segala perkara yang berkaitan dengan Asrama Pelajar Johor ini diletakkan di bawah pihak Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dengan dikendalikan oleh Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor Di Mesir (BKPJM).

1997: Hasil lawatan kerja yang dibuat oleh Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) ke Mesir yang diketuai oleh YB Dato’ Rahmat Bin Abdul Rahman beliau bersetuju untuk mengubahsuai bangunan asrama pelajar Johor.

1998: Bangunan Asrama Pelajar Johor diubahsuai sepenuhnya dengan pembiayaan penuh oleh Yayasan Pelajaran Johor (YPJ).

2004: Rumah Johor dibaikpulih sekali lagi khusus di bahagian dewan dan cat bangunan dengan pembiayaan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor.

2010: Hasil permohonan pimpinan BKPJM selama beberapa sesi dan sokongan dari pihak Pegawai HEP Ust Ahmad Hanif Naim Asrama Pelajar Johor Haiyyu Thamin sekali lagi dibaikpulih dengan pembiayaan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor