Khamis, 22 Ogos 2013

Kembara 40 : SAYANGKAN SESUATU BIAR BERKADARAN


[22 Ogos 2013, Khamis]

Sayangkan sesuatu itu biar berkadaran. Agar kelak, perginya tidak diratapi. 

Kekecohan yang berlaku akibat rampasan kuasa oleh tentera abd. Fattah As-sisi bermulanya pergulingan pada 3 Julai yang lalu.
Kini, sana sini sekatan jalan raya dan juga kuatkuasa perintah berkurung bermula jam 7 malam sehingga 6 pagi.
Dan aku hari ini, niat ke suatu tempat El-Marg bagi menziarahi teman Arab Misry menjadikan perjalanan hari ini “HITAM”.

AKU, Van pendek berwarna putih, 5 orang arab Misry & pergelutan. Hari ‘hitam’ yang menyelubungi dengan rasa hiba, pasrah dan bertawakkal kepada Allah.
Pisau pendek usah dikata, diacu dengan aku berasa ketakutan. Malang tanpa berbau, cermin mata, Samsung galaxy s II, buku israilliyat moden, buku tulis, kerneh kuliah, kad EME, passport dan duit sekitar LE80 menjadi buruan mereka berlima. Rakus! Beg selimpang Azhar kepunyaan Helmi yang dipinjam, putus dipotong.

# Terkenang detik rumah sewa dipecah masuk kali pertama, laptop vaio putih sempat bersama hanya 6 bulan.
# Hari ini, perginya Galaxy S II belum cukup tempoh setahun hanya 9 bulan telah pergi dipinjam mereka berlima.

Ujian menimpa satu persatu. Sudah jatuh ditimpa tangga. Khabar natijah yang ditangguh kejayaannya, kemudian peristiwa hari ini datang menerpa. Apa jua ujian yang diberikan, harus kuat. Allah tahu tahap kemampuan hamba-hambanya dalam menerima ujian yang diberikan olehNya.


Patah tumbuh, Hilang berganti.

قال  الشيخ الشعراوي:

إذا أخذ الله منك ما لم تتوقع ضياعه، فسوف يعطيك ما لم تتوقع تملكه.

"Jika Allah mengambil dari kamu sesuatu yang kamu tak duga dengan kehilangan (sesuatu benda) , maka Allah akan berikan kepada kamu sesuatu yang kamu tak duga untuk kamu memilikinya."

اللهم اجعلنا من النعماء من الشاكــــــــــــرين ، و عند البلاء من الصابرين ، و لك في جميع أمورنا ذاكــــــرين.

حسبي الله و نعم الوكيل..

Kembara 39 : Variasi Kehidupan





 Seiring berjalannya waktu aku lebih mengenal apa itu erti kehidupan. Kehidupan tak akan bermakna tanpa adanya suka dan duka yang silih berganti. Ketika kita sedang menghadapi suka terkadang kita lupa segalanya, terasa kita adalah penguasa dunia. Tetapi disaat kita menghadapi duka, kita selalu merasa kitalah orang yang paling menderita. Suka dan duka adalah variasi kehidupan yang akan membuat kitamenjadi lebih dewasa. Suka dan duka adalah ujian dari Dia Sang Pencipta.

        Di saat kita suka, kita harus sedar bahawa kita ini tak selamanya akan merasakan ini semua, duka pasti akan datang entah itu bila masanya. Saat kita suka kita harus kongsikan dengan orang-orang di sekitar kita, kita harus beryukur atas semuanya.

        Tatkala suka itu berganti duka, jangan pula kita merasa putus asa, kita harus rasa senang. Kita sedang diuji dan nantinya duka itu akan berganti suka. Percaturan Allah itu begitu indah. Kita juga harus tetap bersyukur atas ujian yang kita alami. Masih banyak orang disekitar kita yang lebih menderita. Kita harus tetap semangat menjalani kehidupan ini. Allah tahu sejauh mana kemampuan kita dalam berhadapan dengan ujian yang diberikan. Usah mengeluh dan bersedih..

        Hakikatnya suka dan duka adalah ujian kehidupan. Kita manusia hanya mampu menjalani kehidupan ini dengan selalu berusaha, bersabar dan berdoa. Semua pasti ada hikmahnya di balik semua suka duka yang kita alami. Janganlah lupa selalu bersyukur atas apa yang Allah berikan pasti semuanya akan terasa indah.



[EDITED]

Rabu, 15 Mei 2013

Kembara 38 : Kisah Ma'iz bin Malik

| Kisah Ma'iz bin Malik |

Sahabat Nabi SAW yang tidak segan-segan untuk minta ditegakkan hudud (rejam ke atas dirinya yang telah melakukan zina) agar dengan cara ini dapat membersihkan dosa-dosanya lalu segera kembali kepada Allah dengan segera bertaubat.

Dari sunan Nasa'ie dan Abu Daud dan Ahmad daripada hadis Naa'im b. Hazal berkata:  Ma'iz telah melakukan seuatu perkara yang keji dengan seorang jariyah, maka dia telah datang menemui seseorang (iaitu Hazal) lalu berkata: Sesungguhnya aku telah melakukan perkara yang keji, apa yang patut aku lakukan? berkata Hazal: Datanglah kepada Rasulullah dan beritahulah kepada baginda SAW terhadap apa yang telah kau lakukan. Moga-moga baginda memaafkan kamu -dengan harapan cara ini akan menjadi jalan keluar di atas perbuatannya-.

Baginda SAW telah mengetahui khabar ini dan berasa marah. Bilamana Ma'iz pergi menemui baginda SAW dengan segera, lalu baginda bertanya: Adakah benar apa yang telah sampai kepadaku tentang diri kau? Ma'iz berkata: Dan apakah yang telah sampai berita kepada kau mengenai aku? Berkata (baginda): adakah kau telah melakukan zina dengan seorang jariah? Ma'iz berkata: Ya, dan aku mahu kau (nabi) laksanakan had (hukuman) yang telah disyaria'atkan agar kau berkenan membersihkan diriku.

Lantas baginda SAW berpaling menolak pengakuannya dan beredar sambil berkata: baliklah! Sampailah keesokkan harinya, dia datang lagi kepada baginda sambil berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku telah berzina.” Namun baginda tetap menolak pengakuannya buat yang kedua kalinya. Sehinggalah Ma'iz tidak putus asa untuk bertemu dengan baginda agar baginda menerima pengakuaannya buat kali yang ke-4.

Lalu baginda pun bertanya kepadanya: kau lakukan dengan siapa? berkata: dengan si fulanah. bertanya baginda: adakah kau berjimak dengannya? menjawab: Ya. bertanya lagi: adakah kau menggaulinya? menjawab: Ya.

Sebelum persoalan ini diaantara baginda dan Ma'iz, baginda berkata: mungkin kau sekadar bercumbuan sahaja dan mungkin juga kau bersentuh-sentuhan saja..(menunjukkan beratnya hati nabi untu menerima sahabatnya melakukkan perkara keji dan dilaksankan hudud (rejam) ke atas diri Ma'iz)

Bilamana nabi telah mendapatkan kepastian terhadap perlakuaan zina itu, baginda bertanya: adakah kau ni gila? menjawab Ma'iz: tak ya Rasulullah. Berkata lagi: Kau berzina dengan orang yang sudah berkahwin? menjawab Ma'iz: ya. lalu baginda menuju kepada kaumnya untuk bertanya tentang keadaan Ma'iz. “Apakah kalian tahu bahwa pada akalnya Ma’iz ada sesuatu yang tidak  kena dan bermasalah?” mereka menjawab, “Kami tidak yakin jika Ma’iz terganggu fikirannya, setahu kami dia adalah orang yang baik dan masih sehat akalnya.” Maka nabi SAW pun mengarahkan: pergilah kamu semua bersama-sama dengan Ma'iz ke Baqi' untuyk dijalankan rejaman dengan batu ke atas Ma'iz.

Sewaktu Ma'iz merasa sakit dengan rejaman batu itu, dia cuba keluar dan melarikan diri di atas kesakitan tersebut, tetapi sebahagian sahabat kejar untuk mendapatkan Ma'iz bagi meneruskan rejaman sehinggalah dia mati. Berita ini telah sampai dalam pengetahuan baginda, lalu berkata: tidakkah kau membiarkan Ma'iz melarikan diri, moga-moga dia bertaubat.

Kemudian baginda berkata kepada Hazal: Demi Allah ya Hazal, Kalau kau menyembunyikan dalam pengetahuan kau, itu adalah lebih baik terhadap apa yang kau telah cadangkan kepadanya (Ma'iz) untuk bertemu denganku mengakui kepadaku.

Pada waktu itu, terdapatlah 2puak, yang pertama berkata: binasalah Maiz dengan dengan kesalahan yang dia lakukan. Puak kedua berkata: Tiada Taubat yang lebih afdhal daripada taubat Ma'iz. Sesungguhnya Ma'iz telah datang kepada nabi SAW dan meletakkan tangannya ke atas tangan baginda SAW sambil berkata: Kau bunuhlah aku dengan rejaman batu.

Berlalulah hari, nabi SAW  telah datangi kepada mereka sedang mereka semuanya dalam keadaan duduk. Maka baginda membri salam dan terus duduk Baginda berkata: Pintalan keampunan bagi Ma'iz b Malik. Maka mereka berkata: Semoga Allah mengampuni Ma'iz. Baginda berkata: Sesungguhnya Mai'z telah bertaubat (ketika datang menemui Rasulullah ketika meletakkan tangannya ke atas tangan baginda SAW) dengan sebanar-benar taubat. Kalaulah dibahagi-bahagikan taubat yang dipinta Mai'z itu kepada semua umat, pasti taubat itu meliputi semua umat.