Ahad, 24 Oktober 2010

Kembara 5 Ketenangan yang ku cari..

Catatan Seharian Perjalanan ke Maqam Para Auliya'...

Khamis, 21/10/2010

   Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku lillahi Taala... Selepas solat Maghrib berjemaah, aku, Ust Fahmi@entoi dan Ust. Syafiq  Elias memulakan perjalanan menuju ke Saha Yaman (Tarikat Ba'lawiyah)  kerana ada hadhroh bersempena Maulid Imam Al-Hadad ( Syeikh Abdullah Al-Alawy Al-Hadad) .  Pada malam tersebut, Habib Zaid bin Abd. Rahman bin Yahya, Habib Abd Rahman Al-Sagof, Habib Abd. Karim memberi pengisian di dalam majlis yang penuh barakah. Diri ini terasa amat terharu pabila dapat duduk disamping para habaib..
   Berakhirnya hadhroh, aku, ust.Syafiq, ust.Mubarak dan Zubir menjelajah di sekitar belakang Jamiah Azhar mencari maqam ahli bait Nabi dan para auliya'..maqam terakhir kami bertawasul di Masjid  Fatimah bte Saidina Hussain..Siapa sangka diceruk-ceruk belakang Jamiah ada Masjid yang besar dan cantik dimana terletaknya maqam  Tidak terkira banyaknya maqam yang ada di belakang Jamiah Azhar..Allah..


Jumaat, 22/10/2010

  Pada keesokan pagi, tanpa melengahkan masa sekitar jam 9 pagi aku, ust Syafiq, ust Mubarak dan Zubair terus ke Mahattoh menaiki macro bas ke Abbud untuk meneruskan perjalanan ke destinasi yang ingin dituju (muhafazah Tanta). Setiba kami di sana, khatib Jumaat masih lagi  menyampaikan khutbahnya. Tidak seperti yang kami jangkakan, sempat juga kami untuk menunaikan solat Jumaat di Tanta. Setelah solat Jumaat beserta solat jamak taqdim, terus langsung kami ke Masjid Khalil Al-Khatib di situ jugalah beliau di maqamkan . Hadaf ke sana adalah untuk berbai'at untuk menjadi sebahagian daripada ahli tariqat Khatibiyyah, turut tidak dilupakan semata-mata adalah untuk mendapatkan ijazah muallafat (kitab-kitab karangan beliau) . Awalnya, aku musykil adakah boleh aku berbai'at lebih dari satu tariqat?? Sedangkan sebelum ini aku sudah ada tariqat Syazuliyah.. Macam mana ini?? Kata orang,"kita kena walak pada yang satu". Jadi, ustaz Syafiq telah pun meleraikan kekusutan yang bersimpul-simpul dalam fikiran aku ni. Dia kata, tidak salah jika kita ambil lebih dari satu tariqat demi mendapatkan tabarrukan daripada para syeikh tarikat dan secara tidak langsung untuk meriwayatkan segala kitab karangan beliau (syeikh-syeikh yang mana ada mengarang kitab). Tepat jam 2 petang setelah selesai halaqoh zikir di masjid tersebut, kami semua telah berbai'at dengan anak kepada pengasas Tariqat Khatibiyyah, Syeikh Mahmud. Selepas itu, kami dikehendaki menghadiri 4 kali perjumpaan hari Jumaat untuk duduk bersama-sama mereka buat permulaan kalinnya menyertai tariqat ini.



  Alhamdulillah, selepas berbai'at kami meneruskan "Kembara Sufi" jaulah maqam di sekitar Tanta. Antara maqam yang kami ziarahi ialah maqam Syeikh Khalil Khatib, maqam Saidatina Nur As-Sobah (merupkan keturunan daripada nasab Saidina Hasan dan Hussin, banyak membantu orang fakir dan miskin), maqam Sayyidi Mohd bin Abd.Salam bin Basyis (anak kepada pengarang selawat Basyis), di dalam Masjid Ahmad Sidi Badawi terdapat maqam beliau (karamah beliau ialah ketika mana beliau hendak meninggal dunia, beliau telah mempersiapkan diri dengan memandikan diri beliau sendiri dan jika tidak silap beliau juga turut mengkafankan diri sendiri), maqam Sayyidi Mujahid, maqam Sayyidi Abd.Mutaal, maqam Sayyidi Mohd Hijab, maqam Sayyidi Nuruddin dan bersebelahan maqam beliau ialah maqam Abd.Rahman. Kemudian dengan kepenatan yang telah mula dirasai, kami masih meneruskan perjalanan ke maqam Syeikh Mohd Al-Bahai (salahsilah nama yang terdapat dalam rantaian tokoh tarikat aku<Syazuliyyah>), maqam Sayyidi Abd Rahim An-Nusyyabi. Di Majid Al-Qosobi pula terdapat 3 maqam iaitu maqam Syeikh Said Ahmad Hadi Al-Qosobi, maqam Said Imam Hasan al-Qosobi, dan maqam Said Mohd Imam Al-Qosobi. Mereka ini merupakan keturunan ahli bait nabi yang mana nasabnya sampai kepada Saidina Hassan. Kemudian kami ke Masjid Sidi Salim Al-Maghribi untuk  menziarahi maqam beliau. Dan destinasi terakhir ialah ke maqam Sidi Yunus Madiha. Tidak terkata kepenatan yang dirasai tetapi apa yang penting inilah yang ku cari. Dengan inilah ia merupakan salah satu cara untuk bertawasul dengan para ahli bait Nabi dan para Auliya'. Ya Allah..Hanya Kau saja yang tahu apa aku rasai ketika itu.. Allahhhhhhhh!!!!!!!!!!



 



 Syukur kepada Allah kerna memberkati perjalanan pergi dan balik kami..setiba di Kaherah sekitar jam 10. Khususan ila Ali baitihi wa Ashabi wa Tabi' tabiin wa Auliya' As-Solihin, kullu ajmain Al-Fatihah..

Maqam Ahmad Sidi Badawi


                                                                                                                            Kesan tapak kaki Rasulullah yang terdapat di Masjid Ahmad Sidi Badawi


Rabu, 20 Oktober 2010

Kembara 4 Renungan bersama..Kalam Habib Munzir.



   Namun tujuan adalah satu iaitu saat berjumpa dengan Rabbul 'Alamin. Berakhir seluruh apa yang kita lewati dari kehidupan dunia ke tujuan tunggalnya iaitu berjumpa dengan Allah. Ingatlah, akan datang  suatu saat bibir kita tidak bisa lagi bergetar menyebut nama Allah, disaat itu kita diturunkan ke dalam kubur kita, dan wajah kita diciumkan ke tembok kubur kita. Lalu kita dikuburkan dan ditinggalkan oleh semua kerabat. Dan disaat itu  tidak ada kekasih, disaat itu tidak ada Jabatan, disaat itu tidak ada harta, itulah kita sendiri dan di saat itu beruntunglah mereka yang selalu berzikir yang mengingat Allah dan Allah mengingatinya, yang merindui Allah dan Allah merinduinya, Allah masih terus bersabar... Yang ditunggu adalah hamba pendosa, hamba yang hina, hamba yang berasal dari sebutir sel dan akan berakhir sebagai bangkai mejadi makanan kepada haiwan-haiwan di dalam tanah. Menanti hambanya memohon taubat. Dialah yang Maha Baik, Dialah yang Maha Mulia setelah kita diberi kehidupan, diberi jasad, lantas Allah meminjamkan pula dunia ini berserta isinya, meminjamkan matahari, meminjamkan bulan, meminjamkan daratan, meminjamkan haiwan dan tumbuh-tumbuhan, meminjamkan air dan lautan yang kesemuanya adalah milik Allah. Kita tidak menyewanya, tidak pula membelinya, tidak pula berdoa untuk meminjamnya, Allah yang memberi sebelum kita memintanya. Sedemikian luasnya rahmat Ilahi dan kasih sayang-Nya melebihi semua kasih sayang, melebihi kasih sayang ibunda kita kepada kita, melebihi kasih sayang kekasih kita kepada kita. Jangan tahan lidahmu untuk menyebut nama Allah, jangan berat menyebut nama Allah...Dosa apa yang membuat lidah kita berat menyebut nama Allah?? Kami berlindung kepada-Mu dari pedihnya seksa kubur, kami berlindung dari-Mu daripada pedihnya seksa neraka... Pastikan kami selamat dari ini semua...

Jumaat, 15 Oktober 2010

Kembara 3 Era akhir zaman tidak berakhir di babak ke-4




Demikianlah, setelah hampir babak keempat berakhir, dan babak yang kelima ini menjanjikan dan menyaksikan peralihan kuasa kepimpinan daripada Mulkan Jabriyyan ( para penguasa diktator ) kepada Khilafatun 'ala Minhaj An-Nubuwah ( kekhalifahan mengikut manhaj nabi ). Baiklah, ini adalah rentetan babak-babak dari babak yang pertama hinggalah ke babak yang kelima Yaumul Kiamah ( hari kiamat) :

Babak pertama : babak An-Nubuwwah. Dizaman ini, selama 23tahun umat Islam dipimpin oleh Nabi Muhammad solallahu alaihi wasalam.

Babak kedua : babak Khilafatun 'ala Minhaj An-Nubuwah. Umat Islam ketika ini dipimpin oleh para sahabat ( Kulafa Ar-Rasyidin ) Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khattab, Uthman bin Affan, dan Ali ibn Tolib selama 30tahun.

 Babak ketiga : babak Mulkan Aadhdhon (kerajaan menggigit). Ketika ini, umat islam telah dipimpin oleh tiga kerajaan besar iaitu Daulah Bani Umayyah, Bani Abbasiyah dan Kesultanan Uthmaniyah Turki selama 13abad hingga tahun 1928. Pada waktu itu umat Islam mempunyai pemimpin yang menggunakan sistem waris dan turun-temurun setiap generasi. Dinamakan kerajaan menggigit kerana para rajanya masih "mengigit" Al-Quran dan As-Sunnah. berbeza dengan babak yang kedua, yangmana Khulafa Ar-Rasyidin "memegang" Al-Quran dan As-Sunnah. Ini sebabnya seringkali kita perhatikan di babak ketiga ini munculnya para khalifah yang berlaku zalim kepada rakyat bahkan juga terhadap ulama seperti Imam Ahmad bin Hanbal. Diwaktu ini, umat menghadapi pemimpin yang zalim.

 Babak keempat : babak Mulkan Jabriyyan ( para penguasa diktator) @ zaman sekarang. Boleh dikatakan umat mengalami era yang paling kelam. Di era ini, umat bukan sekadar dipimpin oleh seseorang yang zalim, bahkan sistem yang dilakukan bukanlah sistem yang sepenuhnya berlandaskan Islam. Sistem yang berlaku ialah sistem jahiliyyah berlandaskan hukum buatan manusia yang banyak kecacatan dan ketidakadilan.

Babak kelima : Khilafatun 'ala Minhaj An-Nubuwah ( kekhalifahan mengikut manhaj nabi ). Era ini tampok kepimpinan yang berbaur dengan kezaliman beralih kepada Khalifah mengikut Manhaj Nabi. Ianya mirip pada babak yang kedua. Perpindahan umat dari babak keempat ke babak kelima ternyata berlakunya 4 peperangan dibawah pimpinan Imam Mahdi yang mana ia bakal membawa kepada kemenangan umat Islam terhadap Mulkan Jabriyyan.


Jelaskan kemunculan Imam Mahdi semakin hmapir!!  Imam Mahdilah yang bakal membawa berita gembira kepada umat Islam dan Imam Mahdi jugalah digelar Komander Tentera Islam. Dan pada masa ini jugalah, Dajjal cuba untuk menewaskan Imam Mahdi. SEDARLAH!!!

Selasa, 12 Oktober 2010

Kembara 2 Sedarkah kita apa yang akan berlaku sekiranya Tasik Tiberia kering???

Assalamualaikum teman-teman yang dikasihi Allah,

  Wahai jiwa-jiwa yang alpa!! Sedarkah kita, bahawasanya kita sekarang berada di ambang akhir zaman?? Perasaan yang tidak begitu enak dirasai kerna menyedari bumi sudah cukup tua dan tidak berkemampuan menanggung beratnya dosa-dosa yang dilakukan oleh sekalian penghuninya. Yang pasti kita akan turut serta meninggalkan dunia yang fana ini. Apa yang kita bawa pada pengakhiran hayat kita?? Adakah pangkat, darjat, wang ringgit, harta benda?? Tidak!! Hanya segala amalan baik kita yang akan menyelamatkan kita dari menjadi bahan fitnah dajjal dan di akhirat kelak.

   Apa yang cuba saya ingin menarik perhatian teman-teman ialah, menyedari akan Tasik Tiberia atau Sea of Galilee sudah berada ditahap kritikal. Mesti ada tertanya-tanya, "apa kaitannya tasik Tiberia kering dengan kita?" Sudah tentu kaitannya amat erat dan rapat sekali dengan kita. Ini kerana disaat keringnya tasik ini, maka akan munculnya Dajjal yang akan membuat kacau-bilau di muka bumi ini dengan menipu daya manusia dan juga menjadi penfitnah terbesar bagi berlakunya perbalahan sesama manusia. Saya menyeru, sama-samalah kita  mengambil ihtimam dan jangan memandang enteng dengan situasi yang sedang berlaku ini. Sekiranya teman-teman mahu penjelasan lanjut, ingin saya kongsikan bersama di laman ini > http://hidayahnet.tripod.com . Bacalah laman ini demi kemaslahatan bersama.

Isnin, 11 Oktober 2010

Kembara 1 Mujahadah kerana Minhah (Biasiswa)

     Memang benar kata orang, "bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian". Segala kemahuan yang kita inginkan semestinya memerlukan kepada pengorbanan. Tidak kiralah pengorbanan dari segi wang ringgit, harta benda, mahupun tenaga. Tidak semudah yang disangkakan untuk menguruskan prosedur minhan Al-Azhar.Ianya cukup-cukup menguji tahap kesabaran saya lebih-lebih lagi ini merupakan pengalaman buat kali pertamanya. Jika tidak punya semangat yang jitu dan mapan, saya belum tentu jamin seseorang itu sanggup menyelesaikan urusan tersebut hingga ke akhir kesudahannya. Dan di sini saya tidaklah mengatakan diri saya mempunyai semangat yang  kental, tetapi kalau difikir-fikirkan kita tidaklah kerugian apa-apa.  Apalah kiranya mengorbankan masa, wang, dan tenaga untuk beberapa hari demi kemaslahatan yang berterusan dan berpanjangan.
     Sebelum ini, saya mendengar kisah sebahagian pengalaman abang-abang lama yang cuba berusaha untuk memohon minhah ini. Tetapi kesudahannya sangatlah mengecewakan diri apabila tersungkur di pertengahan jalan. Ini juga bolehlah hendak dikatakan gara-gara di Mesir masih menggunakan sistem manual ( tanpa bantuan elektronik yang canggih ). Jauh disudut pandangan mata, apa yang kelihatan dari sudut ilmu Tasauf, serba sedikit ianya dapat mentarbiah diri untuk menjadikan seseorang itu bersabar. Baru ujian yang tidak seberapa ini kita sudah mengeloh. Jauh sekali perbezaan kalau  dilihat semangat di zaman para sahabat dan tabi'-tabiin dalam berhempas-pulas mempertahankan Dinul Islam. Nah! Jelas di sinikan apa yang cuba saya tonjolkan...Berpantang maut sebelum ajal. Jangan mudah berputus asa! Usaha selagimana mampu..Kuasa di tangan(kemampuan & kekuatan) anda. InsyaAllah, biiznillah...