Ahad, 24 Oktober 2010

Kembara 5 Ketenangan yang ku cari..

Catatan Seharian Perjalanan ke Maqam Para Auliya'...

Khamis, 21/10/2010

   Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku lillahi Taala... Selepas solat Maghrib berjemaah, aku, Ust Fahmi@entoi dan Ust. Syafiq  Elias memulakan perjalanan menuju ke Saha Yaman (Tarikat Ba'lawiyah)  kerana ada hadhroh bersempena Maulid Imam Al-Hadad ( Syeikh Abdullah Al-Alawy Al-Hadad) .  Pada malam tersebut, Habib Zaid bin Abd. Rahman bin Yahya, Habib Abd Rahman Al-Sagof, Habib Abd. Karim memberi pengisian di dalam majlis yang penuh barakah. Diri ini terasa amat terharu pabila dapat duduk disamping para habaib..
   Berakhirnya hadhroh, aku, ust.Syafiq, ust.Mubarak dan Zubir menjelajah di sekitar belakang Jamiah Azhar mencari maqam ahli bait Nabi dan para auliya'..maqam terakhir kami bertawasul di Masjid  Fatimah bte Saidina Hussain..Siapa sangka diceruk-ceruk belakang Jamiah ada Masjid yang besar dan cantik dimana terletaknya maqam  Tidak terkira banyaknya maqam yang ada di belakang Jamiah Azhar..Allah..


Jumaat, 22/10/2010

  Pada keesokan pagi, tanpa melengahkan masa sekitar jam 9 pagi aku, ust Syafiq, ust Mubarak dan Zubair terus ke Mahattoh menaiki macro bas ke Abbud untuk meneruskan perjalanan ke destinasi yang ingin dituju (muhafazah Tanta). Setiba kami di sana, khatib Jumaat masih lagi  menyampaikan khutbahnya. Tidak seperti yang kami jangkakan, sempat juga kami untuk menunaikan solat Jumaat di Tanta. Setelah solat Jumaat beserta solat jamak taqdim, terus langsung kami ke Masjid Khalil Al-Khatib di situ jugalah beliau di maqamkan . Hadaf ke sana adalah untuk berbai'at untuk menjadi sebahagian daripada ahli tariqat Khatibiyyah, turut tidak dilupakan semata-mata adalah untuk mendapatkan ijazah muallafat (kitab-kitab karangan beliau) . Awalnya, aku musykil adakah boleh aku berbai'at lebih dari satu tariqat?? Sedangkan sebelum ini aku sudah ada tariqat Syazuliyah.. Macam mana ini?? Kata orang,"kita kena walak pada yang satu". Jadi, ustaz Syafiq telah pun meleraikan kekusutan yang bersimpul-simpul dalam fikiran aku ni. Dia kata, tidak salah jika kita ambil lebih dari satu tariqat demi mendapatkan tabarrukan daripada para syeikh tarikat dan secara tidak langsung untuk meriwayatkan segala kitab karangan beliau (syeikh-syeikh yang mana ada mengarang kitab). Tepat jam 2 petang setelah selesai halaqoh zikir di masjid tersebut, kami semua telah berbai'at dengan anak kepada pengasas Tariqat Khatibiyyah, Syeikh Mahmud. Selepas itu, kami dikehendaki menghadiri 4 kali perjumpaan hari Jumaat untuk duduk bersama-sama mereka buat permulaan kalinnya menyertai tariqat ini.



  Alhamdulillah, selepas berbai'at kami meneruskan "Kembara Sufi" jaulah maqam di sekitar Tanta. Antara maqam yang kami ziarahi ialah maqam Syeikh Khalil Khatib, maqam Saidatina Nur As-Sobah (merupkan keturunan daripada nasab Saidina Hasan dan Hussin, banyak membantu orang fakir dan miskin), maqam Sayyidi Mohd bin Abd.Salam bin Basyis (anak kepada pengarang selawat Basyis), di dalam Masjid Ahmad Sidi Badawi terdapat maqam beliau (karamah beliau ialah ketika mana beliau hendak meninggal dunia, beliau telah mempersiapkan diri dengan memandikan diri beliau sendiri dan jika tidak silap beliau juga turut mengkafankan diri sendiri), maqam Sayyidi Mujahid, maqam Sayyidi Abd.Mutaal, maqam Sayyidi Mohd Hijab, maqam Sayyidi Nuruddin dan bersebelahan maqam beliau ialah maqam Abd.Rahman. Kemudian dengan kepenatan yang telah mula dirasai, kami masih meneruskan perjalanan ke maqam Syeikh Mohd Al-Bahai (salahsilah nama yang terdapat dalam rantaian tokoh tarikat aku<Syazuliyyah>), maqam Sayyidi Abd Rahim An-Nusyyabi. Di Majid Al-Qosobi pula terdapat 3 maqam iaitu maqam Syeikh Said Ahmad Hadi Al-Qosobi, maqam Said Imam Hasan al-Qosobi, dan maqam Said Mohd Imam Al-Qosobi. Mereka ini merupakan keturunan ahli bait nabi yang mana nasabnya sampai kepada Saidina Hassan. Kemudian kami ke Masjid Sidi Salim Al-Maghribi untuk  menziarahi maqam beliau. Dan destinasi terakhir ialah ke maqam Sidi Yunus Madiha. Tidak terkata kepenatan yang dirasai tetapi apa yang penting inilah yang ku cari. Dengan inilah ia merupakan salah satu cara untuk bertawasul dengan para ahli bait Nabi dan para Auliya'. Ya Allah..Hanya Kau saja yang tahu apa aku rasai ketika itu.. Allahhhhhhhh!!!!!!!!!!



 



 Syukur kepada Allah kerna memberkati perjalanan pergi dan balik kami..setiba di Kaherah sekitar jam 10. Khususan ila Ali baitihi wa Ashabi wa Tabi' tabiin wa Auliya' As-Solihin, kullu ajmain Al-Fatihah..

Maqam Ahmad Sidi Badawi


                                                                                                                            Kesan tapak kaki Rasulullah yang terdapat di Masjid Ahmad Sidi Badawi


1 ulasan:

  1. Syakirin ..kat mejid Imam Qosobi tu bukan 3 maqam je...ada 5 tau... tanyala ust.mubarak..dia tulis satu persatu nama imam yang terdapat kat situ...

    BalasPadam