
Sebelum ini, saya mendengar kisah sebahagian pengalaman abang-abang lama yang cuba berusaha untuk memohon minhah ini. Tetapi kesudahannya sangatlah mengecewakan diri apabila tersungkur di pertengahan jalan. Ini juga bolehlah hendak dikatakan gara-gara di Mesir masih menggunakan sistem manual ( tanpa bantuan elektronik yang canggih ). Jauh disudut pandangan mata, apa yang kelihatan dari sudut ilmu Tasauf, serba sedikit ianya dapat mentarbiah diri untuk menjadikan seseorang itu bersabar. Baru ujian yang tidak seberapa ini kita sudah mengeloh. Jauh sekali perbezaan kalau dilihat semangat di zaman para sahabat dan tabi'-tabiin dalam berhempas-pulas mempertahankan Dinul Islam. Nah! Jelas di sinikan apa yang cuba saya tonjolkan...Berpantang maut sebelum ajal. Jangan mudah berputus asa! Usaha selagimana mampu..Kuasa di tangan(kemampuan & kekuatan) anda. InsyaAllah, biiznillah...
ana bangga ngan enta..hahaha..baik ko syakirin..hehe
BalasPadamni pon nyaris nak futur gak...Doaa je la yang mampu..
BalasPadam