Jumaat, 31 Disember 2010

Kembara 17 Kepulangan tidak kembali..

~Kenangan Mit Ghamr~

Detik menjejakkan kaki di bumi anbia,
Aku dan kawan-kawan seperjuangan sering dinasihati abang-abang lama,
Tidak pernah lekang dan putus nasihat mereka,
Juga tidak lupa memberi tunjuk ajar.

Di sini juga aku dipertemukan dengan seorang insan,
~Khalafawi~
Banyak juga dia memberi tunjuk ajar selok-belok perjalanan selaku pelajar yang bergelar Azhari,
Insan ini juga antara yang cukup disenangi di kalangan pelajar-pelajar baru,
Sangat menekankan hadaf pejalanan hidup di muka bumi anbia ini,

Antaranya BA(Hons) untuk dihadiahkan kejayaan ini kepada ibu dan ayah,
Sanad Al-Quran, Sanad Hadis Musalsal,
Tidak lupa juga ilmu berpesatuan untuk dijadikan wasilah penyebaran ilmu,
Begitulah nasihatnya yang tidak aku lupa,


Insan ini juga kerap menghabiskan masa dengan pelajar-pelajar baru,
 Kerna apa? Kerna tidak mahu adik-adik baru ini terus alpa dan leka,
Apabila berjumpa adik-adik baru, sering ditanya tentang madah kuliah yang tidak difahami,
 Tidak pernah kedekut untuk berkongsi segala pengalaman dan ilmu yang diperolehi,

 Tidak rugi apa-apa pabila berdamping dengannya,
 Bahkan ada sahaja benda baharu yang akan kita perolehi walaupun hanya sedikit,
 Insan ini juga membuka mata aku dan kawan-kawan tentang tariqat, hadis musalsal dan lain-lain,
~ Musalsal Yaumil Asyura~
 Memberi pendedahan yang pelbagai macam,

Tidak akan aku lupa ketika belajar dengannya,
 Dimarahi kerana tidak pandai memanfaatkan mu'jam asasi,
 Yang memalukan, dimarahi dikhalayak abang-abang lama,
Tetapi aku mengerti, kenapa insan ini perlakukan sedemikian,
  
  Nah! hasilnya aku telah perolehi...

Insan ini sering mengajak aku dan kawan-kawan untuk sama-sama duduk bersama orang-orang alim,
 Kata-katanya yang masih aku ingat, doa akan dimakbulkan pabila kita duduk disamping ulama,
 Kerna pasti pabila kita berdoa disamping ulama, siapa tahu kita memdapat tempias doa dari mereka,
Antaranya juga disuruh memberi penghormatan yang tinggi terhadap Ahli Bait Nabi Muhammad SAW,

 Memperkenalkan biah kehidupan orang arab, pemakanan dan juga adat orang arab,
Ini kerana agar mudah kita bergaul dengan mereka,
 Disuruh olehnya, sekiranya mahu masuk ke dunia orang arab perlu diketahui beberapa perkara,
 Makanan, para Qori yang masyhur dikalangan mereka, dan peta,
 Sungguh jauh perjalanan mengekori beliau ke sana ke mari,
 Ikutkan hati sungguh tidak berdaya lagi,
 Tetapi dilihat pula dari sudut yang lain, lebih banyak manfaatnya yang diperolehi darinya,
Kemahuannya, inginkan generasi baru tidak merasa kerugian tinggal di mesir ini,

Menunjuk jalan maqam-maqam, rumah para masyaikh, dan tempat-tempat membersihkan jiwa(tariqat),
Aaarrgghh..hati ini sudah terkelu untuk mencerita apa lagi, 
Cukup terlalu banyak...
~Musalsal Yaumul 'Aidil Fitri~
Sungguh!!!

Perkara yang cukup menyedihkan aku dan kawan-kawan ialah pemergiannya,
Pemergian dan kepulangannya ke tanah air tanpa khabar berita,
Terus menimbulkan 1001 persoalan yang bermain difikiran kami,
Acapkali pesoalan bermain di kepala. Kenapa balik ke Malaysia???
Memandangkan imtihan yang semakin kunjung tiba,
  

Sentap, terkilan, sedih dan bermacam perasaan berbaur dalam diri,
Banyak perkara yang perlu aku terima dan pelajari darinya,
Sebelum ini, insan ini menjanjikan mahu membawa aku ke sana, ke mari,
Perkenalkan syeikh itu dan syeikh ini,
Tetapi apakan daya, kepulangannya ke Malaysia lagi utama.

Tidak ku menyangka pertemuan kali terakhir, seminggu sebelum kepulangannya,
pada hari Jumaat selepas solat Jumaat di Masjid Saidina Hussain. Aku, Syuaib, Naqib dan Hazim telah dibawanya jaulah maqam sekitar kawasan Darasah. Kenangan terakhir yang tersirat dibalik semua ini...


Coretan ini di dedikasikan khas kepada insan yang ku gelar mursyid,
Ustaz Muhammad Shafiq bin Elias.
Selasa, 28 Disember 2010M /  22 Muharam 1432H


p/s: Untuk ustaz, jangan sesekali melupakan kenangan bersama kami 1 batch..
Yang mana, dikalangan kami engkaulah yang kami gelar "emak"..
Ketika mencatatkan entri ini, hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan ini..


~Kenangan di Mit Ghamr~



Ahad, 26 Disember 2010

Kembara 16 Dari mana dan Kemana kita???

Bagaimana diri kita dan amalan kita? Bagaimana boleh kita mengenalnya? Adalah antaranya melalui ilmu Tasauf. Adakah kita mengerti maksud ilmu tasauf itu secara mendalam? Atau hanya sekadar mudah dilafazkan di bibir sahaja? Ilmu tasauf dari sudut pandangan saya ialah merupakan salah satu ilmu yang mana dapat mentarbiayah diri kita menjadi seorang hamba  patuh dan taat bulat-bulat kepada Allah serta menjadikan seseorang itu tawaduk dan serba zuhud dalam kehidupan bagi menharapkan keredhaan dari-Nya. Segelintir  manusia merasakan ia hanya sekadar ilmu yang  harus diketahui sebagaimana ilmu – ilmu yang lain ataupun ianya  ilmu untuk -orang yang ingin membersihkan dirinya atau  sekadar jalan bagi orang-orang yang mengharapkan kelebihan duniawi. Tapi tidak ramai yang merasakan dalam diri mereka bahawa segala amalan dan gerak-geri mereka tidak akan diterima oleh Allah S.W.T jika dilakukan tanpa hati yang bersih.

Sedarilah wahai teman semua,
Sungguh, tidaklah  kita dihidupkan di dunia ini hanya sia-sia. Adakah kita sudah lupa perjanjian yang telah kita meterai dengan Rafiqil ‘Ala-Allah S.W.T-terhadap penciptaan kita di bumi ini terhadap-Nya? Sesungguhnya termaktub firman-Nya di dalam Kitab il-Aziz :

وَمَا خَلَقْتُ الجِنَّ وَالِإنسَ إلاَّ لِيَعْبُدُون
(51:56)

Betapa besarnya tanggungjawab kita sebagai seorang hamba kepada Allah S.W.T yang mana sekaligus kita dilaktik menjadi khalifah di muka bumi ini. Pertanggungjawaban dan amanah oleh Allah  yang ingin diberikan kepada langit, bumi, gunung-ganang  semuanya enggan dan takut kepada Allah S.W.T. Lalu manusia mengambil amanah itu. Disamping beribadah, tidak dilupakan untuk kita berusaha keluar mencari rezeki kurniaan dari-Nya.
Kita  acapkali alpa terhadap ini semua. Kita leka dan lupa tanggungjawab kita tentang maksud hidup kita di muka bumi ini. Ada yang bertanggapan dunia yang dikecapi ini adalah kekal segala-galanya dan manakala akhirat itu hanyalah seolah-olah tidak berlaku walaupun mereka beriman dengan adanya. Mana perginya hati untuk IMAN, ISLAM dan IHSAN??? Jika dilihat pada zaman milinia serba canggih ini, yang baik dianggap jahat dan keji, manakala yang buruk itulah yang kita rasakan sungguh sempurna dan terpuji. Adakah hati kita tenang pabila dicerita tentang dunia dan berpaling pula ketika mana diceritakan perihal akhirat atas kerana perasaan benci yang ada dalam diri? Malangnya jika perkara ini berlaku pada diri kita selaku orang yang telah dianugerahkan oleh-Nya kefahaman dalam agama tetapi kita masih tercari-cari matlamat kita di dunia. Bersolat dan berzikir belum menjamin kita tergolong dikalangan orang yang mendapat tempat di sisi tuhan Pencipta Sekalian Alam. Amalan-amlan lain juga turut akan dikira dan dipertimbangkan di akhirat kelak.
Sedarlah wahai teman semua ,
Pembersihan jiwa tidak akan berhasil melainkan dengan amalan. Maka  dengan sebab itulah orang yang melalui jalan ini perlu bermujahadah dan beristiqomah dalam perjalanannya.Jika tersilap sedikit maka dia tidak akan berjaya sampai kepada tujuannya yang sebenar iaitu redha Allah Azza Wajalla.  Kita dimasukan ke syurga adalah kerana rahmat-Nya dan dimasukkan ke neraka adalah kerana keadilanNya. Jangan kita tertipu dengan amalan kita tetapi lakukan suruhan Allah Taala itu semata-mata keranaNya(ikhlas). Mengharapkan cinta dan redhaNya serta takutkan marah dan kebencianNya.
Maka, renungan untuk kita bersama; persiapkanlah bekalan kita yang sebenarnya untuk bertemu Allah S.W.T di hari yang tiada manfaat bagi seseorang itu oleh harta benda dan anak-pinak melainkan orang yang datang dengan hati yang sejahtera. Hati yang bersinar dengan nur ilahi.Hati seorang hamba yang suci dari berpaling kepada selain tuhannya.

  Dedikasikan khas buat,
Diri ini hamba pendosa...673



Jumaat, 17 Disember 2010

Kembara 15 Hari Asyura dan Puasa Sunat???

Kisah Yaumul Asyura 

       
     Menceritakan tentang peristiwa yangmana nabi Musa a.s telah diselamatkan oleh Allah s.w.t daripada ancaman kaum firaun maka pada hari 10 Muharam (hari asyura) . Dan antara peristiwa yang lain adalah pembunuhan cucu nabi, Saiyidina Hussin r.a  di dalam peristiwa Karbala .


          Dan berkenaan dengan puasa sunat Asyura pula digalakkan kerana Rasulullah sentiasa berpuasa pada 10 Muharam bagi mengenang nabi Allah Musa. Dan pada ketika itu juga, apabila didapati oleh Rasulullah s.a.w bahawa kaum Yahudi di Madinah ketika itu juga berpuasa pada 10 Muharam. Maka Rasulullah bersabda,”Sekiranya aku hidup sampai ke tahun hadapan akan aku berpuasa pada hari yang ke-9. Maka di situ terdapat galakan dari baginda untuk berpuasa pada 9 dan 10 muharam bagi menunjukkan khilaf atau mukhlafah kita dengan Ahli Kitab kaum Yahudi dan Nasrani yang mana mereka ini kafirin(orang-orang kafir) tetapi mereka menumpang gembira atas keselamatan nabi Musa. Maka sekiranya hendak berpuasa, perlulah 1hari awal iaitu pada 9 muiharam sepertimana yang telah dianjurkan oleh Baginda. Tetapi barangsiapa tidak berpuasa pada 9 Muharam hendaklah dia berpuasa pada 11 Muharam bagi membezakan kita dengan Ahli Kitab kaum Yahudi dan Nasrani.

Kembara 14 مسلسل يوم العاشوراء

>>Demikianlah hasil pemburuan yang telah saya dan rakan-rakan perolehi. Hadis yang sama dibaca oleh syuyukhuna (Syeikh Mahmud Said Mamduh, Syeikh Abd.Majid Al-Iraqi, Syeikh Rifat Fauzi dan Syeikh Saad Saad Jawish)

عن أبي قتادة رضي الله عنه قال : أن رسول الله صلي االله عليه وسلم قال : صيام يوم العاشوراؤ إنّي أحتسب على الله أن يكفّر السنة التي قبلها


  • Harap maaf, di sini saya tidak dapat untuk menuliskan dari awal perawi sehinggalah kepada Abi Qatada kerana setiap syeikh yang saya dengar berbeza-beza pada perawinya. Harap maklum..

Kembara 13 Pemburuan Hadis Musalsal يوم العاشوراء

Misi Pemburuan Hadis Musalsal Bermula
  •  Alhamdulillah, terasa cukup sempurna seharian saya ketika mana dapat bangun bersahur bersama rakan-rakan serumah bagi mengerjakan puasa sunat Asyura sepertimana yang telah diajarkan oleh nabi junjungan kita-Rasulullah s.a.w. 
    • Kemudian seperti biasa solat subuh dan mendengar bacaan hadis dari kitab "Riyadus As-Solihin" yang disampaikan oleh Syeikhuna Al-Allamah Syeikh Rifaat Fauzi di Musolla beliau.
    • Kita sebagai seorang hamba hanya mampu merancang dan Allah sebaik-baik Perancang. Alhamdulillah, Allah mengizinkan saya , rakan-rakan serumah , dan rakan-rakan  senegeri (lebih 30 orang) untuk bergerak memburu hadis musalsal yaumul Asyura seawal pagi semalam sepertimana waktu yang telah disepakati dengan syeikh-syeikh yang akan memberi hadis musalsal tersebut. 

      • Kami merancang pada hari tersebut, kami akan dapat memburu 4orang Syuyukh(Syeikh Abd.Majid, Syeikh Mahmud Said Mamduh, Syeikh Rifaat Fauzi dan Syeikh Saad Saad Jawish). Tapi sayang, kami dikhabarkan Syeikh Saad Saad Jawish masyghul (sibuk). 
      • 10:00 pagi- Destinasi pertama kami ialah ke kediaman Syeikhuna Al-Allamah Syeikh Abd. Majid El-Iraqi. Kami mendengar dari beliau hadis musalsal Awalliyah, Yaumul Asyura dan Mahabbah.

        • 11:10 pagi- Dengan berbekalkan tenaga yang ada ketika mana berpuasa waktu itu, kami meneruskan misi pemburuan hadis musalsal ke kediaman Syeikhuna Al-Allamah Syeikh Mahmud Said Mamduh. Beliau jaga membacakan hadis musalsal Awaliyyah, Yaumul Asyura, Mahabbah. Tidak ketinggalan juga, beliau sempat memberi serba sedikit perisian ilmiah dan mendoakan kami yang hadir.Kemudian kami pelajar Johor pulang dan terus ke Hayyu Sabie' meneruskan pemburuan. 

          •  12:30 tengahari- Selepas kami solat zohor berjemaah di Musolla Syeikhuna Al-Allamah Syeikh Rifaat  Fauzi. Seperti biasa, kami duduk berdekatan dengan Syeikh Rifaat Fauzi bagi mendengar 3hadis musalsal sama seperti kedua-dua orang syeikh tadi bacakan kepada kami. Cuma yang berbeza pada para perawinya. Saya merasakan sangat gembira waktu itu kerana pelajar akhwat Johor  tidak ketinggalan untuk mendengarnya bersama-sama. Agak lama juga kami bersama Syeikh Rifaat Fauzi lebih kurang 1-2jam. 


            • Kami pulang ke rumah masing-masing dengan rasa hati gembira berbaur dengan kepenatan. Bagi pelajar-pelajar Johor malam tersebut di Asrama Pelajar Johor Rabaah akan diakan majlis perpisahan bersama pegawai, Ust.Hj. Hanif sekeluarga.
            • Maghrib- Berbuka puasa dan pergi ke APJR dan rakan-rakan serumah. Ketika keluar rumah menuju ke APJR, saya, Ust.Syafiq Safwan, Syuaib, Naqib, dan Hazim singgah ke Rumah Pelajar Kedah bagi mengedarkan kertas hadis musalsal. Waktu itu, Ust.Syafiq menghubungi Syeikh Saad Saad Jawish bagi memaklumkan bahawa kami tidak dapat menghadirkan diri ke rumah beliau kerana ada majlis. Tetapi Alahamdulillah, Syeikh menyuruh kami datang ke rumah beliau selepa Isya'.
            • Selapas Isya'- Di kediaman Syeikh Saad Saad Jawish. Kami dihidangkan buah limau dan air teh sebelum mendengar bacaan hadis musalsal Awaliyyah, Yaumul Asyura, dan Mahabbah. Sungguh tidak dapat saya menggambarkan dengan kata-kata dengan sikap beliau tunjukkan. Sikap beliau yang terlalu huduk(tenang) sentiasa. Cukup terpegun.Ya Allah..yang pasti sungguh senang dan selesa bermuamalah dengan diri beliau. Setelah selesai kami ke APJR untuk memeriahkan majlis tersebut.

              Kembara 12 Hadis Musalsal???


              Apa itu HADIS MUSALSAL?
                        Merupakan salah satu cabang ilmu hadis, salah satu daripada jenis-jenis hadis  yang menceritakan tentang sanad ataupun hadis yang dinamakan berdasarkan  tentang masalah sanad bukan  matannya. Oleh itu, hadis musalsal merupakan secara ringkasnya dan secara mudahnya dita’rifkan sebagai sebuah hadis yang mana diikat dari 1 perwi ke 1 prwi dengan sifat-sifat  yang tertentu yang sama , contoh hadis musalsal awaliyah yang mana diikat dengan “أول ما سمعتُ منه”. Setiap perawi akan menyebutkan kalimah tersebut. Dan hadis ini merupakan hadis yang diriwayatkan oleh syuyukhuna(guru-guru kami) yang terus sambung kepada Saiyyidina Abi Qatadah r.a yang mana daripada sanad yang pertama syuyukhuna, sampailah ke Abu Sufiyyan bin Uyainah. Semuanya menyebutkn “awwaluma sami’tyu minhu” iaitu hadis yang pertama  kami dengar berkenaan dengan hadis-hadis musalsal daripada syuyukhuna. Bererti perawi selepas Abu Sufiyyan sehinggalah Abi Qatadah tiada  tasalsul di situ,tiada tasalsul dari sudut “awwalu ma sami’tu”. Maka sebab itu di sana terdapat ulama’ menyatakan dalam sanad tersbut “فيه تسلسل انقطاعًا” mknanya ada انقطاع iaitu terputusnya dari sudut tasalsul berdasarkشn awaliyyah sampai ke Rasulullah tetapi dari sudut perawi yang meriwayatkan kepada kita dan terus kepada Saiyyidina Abu Sufiyyan bin Uyainah masihlah sama diikat berdasarkan taslsul iaitu “awwalu ma sami’tu minhu”, itulah sebagai salah satu contoh. 
                   
                      Contoh-contoh lain yang dikatakan tasalsul diikatnya perawi-perawi antara satu demi satu atas satu sifat atau satu keadaan yang sama seperti ketika mana baginda meriwayatkan hadis kepada para sahabatnya dalam keadaan memegang janggut baginda lalu para sahabat yang meriwayatkan hadis tersebut juga akn memegang jaggutnya. Maka sifat-sifat  inilah yang mengikat dari satu perawi kepada satu perawi yang menyebabkan hadis tersebut adalah digelar sebagai hadis musalsal. Dan ada jenis hadis musalsal yang berbentuk zamani yang mana ianya tertakluk pada waktu-waktunya seperti musalsal yaumul asyura,yaumul arofah,aidilfitri, dan lain-lain. Dan ada juga hadis musalsal yang berbentuk umum diikat dengan sifat-sifat tertentu sepertimana baginda suka memakan labu,memotong kuku pada hari Khamis dan lain-lain yang mana sifatnya berterusan tanpa terputus.

              Selasa, 7 Disember 2010

              Kembara 11 مسلسل بالأولية

              SELASA ( 7 DISEMBER 2010 , 1 MUHARAM 1432H )

              Waktu : 12:58 p.m selepas solat zohor
              Tempat : Maktabah dar al-Quran wa Sunnah kepunyaan Syeikh Rifaat Fauzi
              Bersama : Muhammad Raqib b. Haharai

              Alhamdulillah..pada awal tahun hijrah 1432H, seharian ada juga diri terisi dengan mendengar bacaan hadis Musalsal Awaliah daripada Syeikh Rifaat Fauzi bersama seorang teman serumah. Ini merupakan hadis musalsal buat kali ketiga yang saya perolehi. Pertamanya saya memperoleh  daripada Syeikh Husni Ginting yang mana beliau telah mendengar  hadis ini daripada Syeikh Mahmud Said Mamduh. Dan saya juga berpeluang mendengarnya dari Syeikh Mahmud Said Mamduh. Kemudian buat kali keduanya saya memdengar daripada Syeikh Majid Al-Iraqi. 

              Demikian adalah hadis Musalsal Awaliah yang telah perolehi:


              ((الرَاحِمونَ يَرْحمُهُم الرَّحْمنُ تَبَارَكَ و تَعَالى ارْحَمُوا مَن فِي الأَرضِ يَرحَمْكُمُ مَن فِي السَّمَاءِ))

              Kembara 10 Renew Buku Amalan..


              بسم الله الرحمن الرحيم
              اهلا وسهلا يا محرم...1432هجرة...اللهم باركلنا في هذه السنة..ربنا يسير أمورنا و يصلح كل أحوالنا بخير...

              Semalam berlabuhlah tirai tahun 1431Hijrah dengan izin Allah. Diiringan perlabuhan tirai dengan bacaan Yassin, doa akhir tahun dan diikuti doa Awal tahun sepertimana  kebiasaan yang dilakukan oleh masyarakat melayu. Jiwa penuh sayup meniggalkan 1431H dengan merenungkan amalan yang diperlakukan sepajang tahun tersebut. Tahun hadapan entah dipertemukan lagi atau tidak.dengan izin Allah. Ya Allah..adakah pahala kebaikan banyak tercatit di buku amalanku atau sebaliknya?? Jika dimuhasabahkan, sepertinya boleh dibilang dengan jari kebaikan yang dilakukan. Disamping berserah ku pohon doa kepada Allah, mengharapkan juga doa daripada orang-orang Alim Ulama dan para Masyaikh. Moga-moga doa mereka dapatlah aku merasa walau setempias.
              Buku amalan 1431H telah pun bertukar dan telah pun dibawa ke atas. Sejurus pembukaan tahun baru, maka buku amalan juga turut di “renew”. Tahun semakin bertambah, begitu juga dengan umur..bagaimana pula dengan amalan?? Adakah  aku telah memanfaatkan segala nikmat anugerah kurnia-Nya dengan sebaiknya?? Jika direnungkan, hampitr sudah kita semua dipengakhiran waktu. Manakala , malaikat Izrail sudah  bersiap sedia untuk melaksanakan tugasnya dengan menunggu perintah dari-Nya.
              Sudah jelas nyata tanda-tanda kiamat kecil sudah berlaku, hanya tinggal menantikan tanda penghubung  diantara tanda-tanda kecil dan tanda-tanda besar iaitu turunnya Imam Mahdi demi menyelamatkan kaum muslimin, memperjuangi mulkan Jabriyyan ( para penguasa diktator)boleh rujuk post Kembara 3. Maka di saat itu,muncullah dajjal yang bakal membuat kucar-kacir dengan pelbagai kerosakan dalam dunia selama 40 hari. Yang mana pengikutnya ialah yahudi Ashbahan seramai 70 000. Kemudian turunlah Nabi Isa a.s.

              Cirri-ciri dajjal menurut hadis Bukhori dan Muslim :
              ·       Mata kanan cacat tertutup kulit tebal, matanya seperti anggur tersembul dan diantara keduanya tertulis kafir.
              ·       Berambut kerinting,kulitnya merah, badan tinggi besar mirip Abd. Uzza bin Qathan bin Amru Al-khuzai, mandul tidak beranak.
              ·       Keluar diantara Sham dan Iraq.
              Langkah yang mesti diambil seorang muslim dalam menghadapi dajjal:
              ·       Memohon perlindungan kepada Allah dari-Nya di setiap solat sebelum salam dengan membaca beberapa ayat pada awal  surah Kahfi.
              Jadi,dengan seberapa tanda-tanda kiamat yang telah dikongsikan.. Sama-samalah kita “renovate” diri kita dengan membuat “transformasi”@ (hijrah) daripada yang baik kepada yang lebih baik dan juga men”improve” segala amalan baik. Semoga Allah memberkati segala amalan kita dan dipertimbangkan amalan kebaikan lebih berat dari amalan keburukan. AMIN…

              Sabtu, 4 Disember 2010

              Kembara 9 Fadhilat coca-cola..

              arikel diambil dari : Faceook
               
              "Setiap hari selasa ngan rabu aku mesti minum air coke nie lepas training rugbi. Memang sedap air nie. Sedap giler! korunk pun mesti ade yg suke air nie. Sama ada korunk tau atau x, sebenarnya air coke nie ade 10 'kebaikan' yg x disangka-sangka. Aku dpt bende nie dari emel yg member aku bagi. Ape lagi!!

              " Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

              Di dalam kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

              1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

              2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

              3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

              4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

              5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

              6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

              7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

              8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!
              Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.
              Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.


              9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

              10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah
              
              Kenapa Orang Yahudi Tak Minum Coke dan Pepsi

              Disampaikan oleh seorang sahabat.....Assalamualaikum kengkawan... last weekend, ada ustazah usrah kami beritahu... masa dia belajar kat. mesir dulu, dia punya lecturer ada cerita... dulu ada sorang mamat yahudi ni datang egypt to study the muslims' lifestyle kat sana setelah serangan secara fizikal ke atas umat Islam tak berjaya. dianak carik jalan untuk serang cara lain. tapi Alhamdulillah, dia telah diberi hidayah semasa dia dok study umat Islam kat mesir tu. dia beritahu lecturer ustazah ni, one of the things the jews do untuk hapuskan keturunan umat Islam is to produce coca cola & pepsi yang di  dalamnya ada chemical to retard the reproduction organs for both men &  women. menurut mamat tu, kat israel tak ada jual coke & pepsi sbb diorg tahu apa kandungan kat dalamnya and since jew is agama  keturunan, diorg tak nak le mandul! kalau korang pernah terima  forwarded email pasal bertapa  
              cidicnya coke tu sampai boleh dissolve tulang & gigi (calcium containing compounds) and boleh buat cuci
              toilet! and for ladies, kalau minum coke boleh cause menstruation if you're a wee bit late. so kalau minum banyak & atthat time baru lekat  zuriat, ada chances keguguran le, kan ? Therefore, untuk kemakmuran umat Islam & untuk kesihatan & untuk tak support jewish companies,

              Masih tidak pasti kesahihan artikel ini, namun jika ia benar bayangkan apabila ia masuk kedalam perut kita, bertambah sihatkah kita.. jika tidak benar pun lebih baik menjauhi, bukan kerana kesihatan sahaja malah untuk agama kita..