Misi Pemburuan Hadis Musalsal Bermula
- Alhamdulillah, terasa cukup sempurna seharian saya ketika mana dapat bangun bersahur bersama rakan-rakan serumah bagi mengerjakan puasa sunat Asyura sepertimana yang telah diajarkan oleh nabi junjungan kita-Rasulullah s.a.w.
- Kemudian seperti biasa solat subuh dan mendengar bacaan hadis dari kitab "Riyadus As-Solihin" yang disampaikan oleh Syeikhuna Al-Allamah Syeikh Rifaat Fauzi di Musolla beliau.
- Kita sebagai seorang hamba hanya mampu merancang dan Allah sebaik-baik Perancang. Alhamdulillah, Allah mengizinkan saya , rakan-rakan serumah , dan rakan-rakan senegeri (lebih 30 orang) untuk bergerak memburu hadis musalsal yaumul Asyura seawal pagi semalam sepertimana waktu yang telah disepakati dengan syeikh-syeikh yang akan memberi hadis musalsal tersebut.
- Kami merancang pada hari tersebut, kami akan dapat memburu 4orang Syuyukh(Syeikh Abd.Majid, Syeikh Mahmud Said Mamduh, Syeikh Rifaat Fauzi dan Syeikh Saad Saad Jawish). Tapi sayang, kami dikhabarkan Syeikh Saad Saad Jawish masyghul (sibuk).
- 10:00 pagi- Destinasi pertama kami ialah ke kediaman Syeikhuna Al-Allamah Syeikh Abd. Majid El-Iraqi. Kami mendengar dari beliau hadis musalsal Awalliyah, Yaumul Asyura dan Mahabbah.
- 11:10 pagi- Dengan berbekalkan tenaga yang ada ketika mana berpuasa waktu itu, kami meneruskan misi pemburuan hadis musalsal ke kediaman Syeikhuna Al-Allamah Syeikh Mahmud Said Mamduh. Beliau jaga membacakan hadis musalsal Awaliyyah, Yaumul Asyura, Mahabbah. Tidak ketinggalan juga, beliau sempat memberi serba sedikit perisian ilmiah dan mendoakan kami yang hadir.Kemudian kami pelajar Johor pulang dan terus ke Hayyu Sabie' meneruskan pemburuan.
- 12:30 tengahari- Selepas kami solat zohor berjemaah di Musolla Syeikhuna Al-Allamah Syeikh Rifaat Fauzi. Seperti biasa, kami duduk berdekatan dengan Syeikh Rifaat Fauzi bagi mendengar 3hadis musalsal sama seperti kedua-dua orang syeikh tadi bacakan kepada kami. Cuma yang berbeza pada para perawinya. Saya merasakan sangat gembira waktu itu kerana pelajar akhwat Johor tidak ketinggalan untuk mendengarnya bersama-sama. Agak lama juga kami bersama Syeikh Rifaat Fauzi lebih kurang 1-2jam.
- Kami pulang ke rumah masing-masing dengan rasa hati gembira berbaur dengan kepenatan. Bagi pelajar-pelajar Johor malam tersebut di Asrama Pelajar Johor Rabaah akan diakan majlis perpisahan bersama pegawai, Ust.Hj. Hanif sekeluarga.
- Maghrib- Berbuka puasa dan pergi ke APJR dan rakan-rakan serumah. Ketika keluar rumah menuju ke APJR, saya, Ust.Syafiq Safwan, Syuaib, Naqib, dan Hazim singgah ke Rumah Pelajar Kedah bagi mengedarkan kertas hadis musalsal. Waktu itu, Ust.Syafiq menghubungi Syeikh Saad Saad Jawish bagi memaklumkan bahawa kami tidak dapat menghadirkan diri ke rumah beliau kerana ada majlis. Tetapi Alahamdulillah, Syeikh menyuruh kami datang ke rumah beliau selepa Isya'.
- Selapas Isya'- Di kediaman Syeikh Saad Saad Jawish. Kami dihidangkan buah limau dan air teh sebelum mendengar bacaan hadis musalsal Awaliyyah, Yaumul Asyura, dan Mahabbah. Sungguh tidak dapat saya menggambarkan dengan kata-kata dengan sikap beliau tunjukkan. Sikap beliau yang terlalu huduk(tenang) sentiasa. Cukup terpegun.Ya Allah..yang pasti sungguh senang dan selesa bermuamalah dengan diri beliau. Setelah selesai kami ke APJR untuk memeriahkan majlis tersebut.
ust. ana minta senarai nama pelajar ikhwah johor yg ikut mendengar hadis muslsal biyaumi asyura drpd
BalasPadam1) syeikh majid,
2) syeikh mahmud saied muhammad mamduh,
3)dan syeikh rif'at fauzi
kemudian tuliskan nama2 akhawat johor yg berjaya menghadiri majlis hadis musalsal syeikh rif'at fauzi...
penting sangat..tulis rumi pun tak apa..syukran