~Kenangan Mit Ghamr~ |
Detik menjejakkan kaki di bumi anbia,
Aku dan kawan-kawan seperjuangan sering dinasihati abang-abang lama,
Tidak pernah lekang dan putus nasihat mereka,
Juga tidak lupa memberi tunjuk ajar.
Di sini juga aku dipertemukan dengan seorang insan,
~Khalafawi~ |
Insan ini juga antara yang cukup disenangi di kalangan pelajar-pelajar baru,
Sangat menekankan hadaf pejalanan hidup di muka bumi anbia ini,
Antaranya BA(Hons) untuk dihadiahkan kejayaan ini kepada ibu dan ayah,
Sanad Al-Quran, Sanad Hadis Musalsal,
Tidak lupa juga ilmu berpesatuan untuk dijadikan wasilah penyebaran ilmu,
Begitulah nasihatnya yang tidak aku lupa,
Insan ini juga kerap menghabiskan masa dengan pelajar-pelajar baru,
Kerna apa? Kerna tidak mahu adik-adik baru ini terus alpa dan leka,
Apabila berjumpa adik-adik baru, sering ditanya tentang madah kuliah yang tidak difahami,
Tidak pernah kedekut untuk berkongsi segala pengalaman dan ilmu yang diperolehi,
Tidak rugi apa-apa pabila berdamping dengannya,
Bahkan ada sahaja benda baharu yang akan kita perolehi walaupun hanya sedikit,
Insan ini juga membuka mata aku dan kawan-kawan tentang tariqat, hadis musalsal dan lain-lain,
Tidak akan aku lupa ketika belajar dengannya,
Dimarahi kerana tidak pandai memanfaatkan mu'jam asasi,
Yang memalukan, dimarahi dikhalayak abang-abang lama,
Tetapi aku mengerti, kenapa insan ini perlakukan sedemikian,
Nah! hasilnya aku telah perolehi...
Insan ini sering mengajak aku dan kawan-kawan untuk sama-sama duduk bersama orang-orang alim,
Kata-katanya yang masih aku ingat, doa akan dimakbulkan pabila kita duduk disamping ulama,
Kerna pasti pabila kita berdoa disamping ulama, siapa tahu kita memdapat tempias doa dari mereka,
Antaranya juga disuruh memberi penghormatan yang tinggi terhadap Ahli Bait Nabi Muhammad SAW,
Memperkenalkan biah kehidupan orang arab, pemakanan dan juga adat orang arab,
Ini kerana agar mudah kita bergaul dengan mereka,
Disuruh olehnya, sekiranya mahu masuk ke dunia orang arab perlu diketahui beberapa perkara,
Makanan, para Qori yang masyhur dikalangan mereka, dan peta,
Sungguh jauh perjalanan mengekori beliau ke sana ke mari,
Ikutkan hati sungguh tidak berdaya lagi,
Tetapi dilihat pula dari sudut yang lain, lebih banyak manfaatnya yang diperolehi darinya,
Kemahuannya, inginkan generasi baru tidak merasa kerugian tinggal di mesir ini,
Menunjuk jalan maqam-maqam, rumah para masyaikh, dan tempat-tempat membersihkan jiwa(tariqat),
Aaarrgghh..hati ini sudah terkelu untuk mencerita apa lagi,
Cukup terlalu banyak...
Perkara yang cukup menyedihkan aku dan kawan-kawan ialah pemergiannya,
Pemergian dan kepulangannya ke tanah air tanpa khabar berita,
Terus menimbulkan 1001 persoalan yang bermain difikiran kami,
Acapkali pesoalan bermain di kepala. Kenapa balik ke Malaysia???
Memandangkan imtihan yang semakin kunjung tiba,
Sentap, terkilan, sedih dan bermacam perasaan berbaur dalam diri,
Banyak perkara yang perlu aku terima dan pelajari darinya,
Sebelum ini, insan ini menjanjikan mahu membawa aku ke sana, ke mari,
Perkenalkan syeikh itu dan syeikh ini,
Tetapi apakan daya, kepulangannya ke Malaysia lagi utama.
Tidak ku menyangka pertemuan kali terakhir, seminggu sebelum kepulangannya,
pada hari Jumaat selepas solat Jumaat di Masjid Saidina Hussain. Aku, Syuaib, Naqib dan Hazim telah dibawanya jaulah maqam sekitar kawasan Darasah. Kenangan terakhir yang tersirat dibalik semua ini...
Tidak ku menyangka pertemuan kali terakhir, seminggu sebelum kepulangannya,
pada hari Jumaat selepas solat Jumaat di Masjid Saidina Hussain. Aku, Syuaib, Naqib dan Hazim telah dibawanya jaulah maqam sekitar kawasan Darasah. Kenangan terakhir yang tersirat dibalik semua ini...
Coretan ini di dedikasikan khas kepada insan yang ku gelar mursyid,
Ustaz Muhammad Shafiq bin Elias.
Selasa, 28 Disember 2010M / 22 Muharam 1432H
p/s: Untuk ustaz, jangan sesekali melupakan kenangan bersama kami 1 batch..
Yang mana, dikalangan kami engkaulah yang kami gelar "emak"..
ustaz syakirin dan teman-teman,
BalasPadamteruskan berjuang mengumpul pengalaman
kongsilah kepakaran gilaplah kemahiran
sekali terkandas bukan kelemahan
kerna itu lumrah kehidupan
tugas kita teruskan 'berjalan'
yang pergi didoakan kekuatan
yang tinggal didoakan ketabahan
jangan menoleh ke kiri ke kanan
jangan berhenti di tengah jalan
teruskan berjalan walaupun perlahan
akhirnya sampai ke puncak kejayaan
pulanglah dengan ilmu dan amalan
bimbinglah umat ke jalan keredhaan
rugi sungguh jika direnungkan
masa muda yang dipersiakan
ke hulu ke hilir tiada haluan
ke utara ke selatan tiada pencapaian
ke timur ke barat tiada penghasilan
ke bandar ke hutan tiada peningkatan
siang dan malam semuanya kejahilan
bulan dan tahunnya tiada sinaran
makan dan tidurnya itulah penambahan
hiburan dan percutian itu yang diutamakan
kitabnya bersih tiada bercontengan
kelasnya sedih tiada kehadiran
kamusnya cantik walaupun berzaman
bacaannya pelat tak pernah dihiraukan
sebutannya kelat tak ingin dibetulkan
akhir hidupnya betapakah penyesalan
teruskan berjalan walaupun keseorangan
kerna pejuang kadangkala tak berteman
yang hendak,ikutlah;yang enggan,ketinggalan,
kita tunjukkan tempat dan jalan,
yang lambat,tinggal;yang tidur,selamat jalan,
nak dipaksa,dah baligh;nak dibiarkan,kasihan...
yang penting nasihat sentiasa berterusan...
penutup bicara, beritahu kawan-kawan,
tiga tokoh ini tolong jangan abaikan;
1)syeikh muhammad husni al-langkati
2)syeikh abdulwahab ahmad muhammad an-nahriti al-husaini
3)syeikh ahmad muhammad muhammad an-nahriti al-husaini
sekian. semoga tenang menghadapi ujian.