Selasa, 7 Disember 2010

Kembara 10 Renew Buku Amalan..


بسم الله الرحمن الرحيم
اهلا وسهلا يا محرم...1432هجرة...اللهم باركلنا في هذه السنة..ربنا يسير أمورنا و يصلح كل أحوالنا بخير...

Semalam berlabuhlah tirai tahun 1431Hijrah dengan izin Allah. Diiringan perlabuhan tirai dengan bacaan Yassin, doa akhir tahun dan diikuti doa Awal tahun sepertimana  kebiasaan yang dilakukan oleh masyarakat melayu. Jiwa penuh sayup meniggalkan 1431H dengan merenungkan amalan yang diperlakukan sepajang tahun tersebut. Tahun hadapan entah dipertemukan lagi atau tidak.dengan izin Allah. Ya Allah..adakah pahala kebaikan banyak tercatit di buku amalanku atau sebaliknya?? Jika dimuhasabahkan, sepertinya boleh dibilang dengan jari kebaikan yang dilakukan. Disamping berserah ku pohon doa kepada Allah, mengharapkan juga doa daripada orang-orang Alim Ulama dan para Masyaikh. Moga-moga doa mereka dapatlah aku merasa walau setempias.
Buku amalan 1431H telah pun bertukar dan telah pun dibawa ke atas. Sejurus pembukaan tahun baru, maka buku amalan juga turut di “renew”. Tahun semakin bertambah, begitu juga dengan umur..bagaimana pula dengan amalan?? Adakah  aku telah memanfaatkan segala nikmat anugerah kurnia-Nya dengan sebaiknya?? Jika direnungkan, hampitr sudah kita semua dipengakhiran waktu. Manakala , malaikat Izrail sudah  bersiap sedia untuk melaksanakan tugasnya dengan menunggu perintah dari-Nya.
Sudah jelas nyata tanda-tanda kiamat kecil sudah berlaku, hanya tinggal menantikan tanda penghubung  diantara tanda-tanda kecil dan tanda-tanda besar iaitu turunnya Imam Mahdi demi menyelamatkan kaum muslimin, memperjuangi mulkan Jabriyyan ( para penguasa diktator)boleh rujuk post Kembara 3. Maka di saat itu,muncullah dajjal yang bakal membuat kucar-kacir dengan pelbagai kerosakan dalam dunia selama 40 hari. Yang mana pengikutnya ialah yahudi Ashbahan seramai 70 000. Kemudian turunlah Nabi Isa a.s.

Cirri-ciri dajjal menurut hadis Bukhori dan Muslim :
·       Mata kanan cacat tertutup kulit tebal, matanya seperti anggur tersembul dan diantara keduanya tertulis kafir.
·       Berambut kerinting,kulitnya merah, badan tinggi besar mirip Abd. Uzza bin Qathan bin Amru Al-khuzai, mandul tidak beranak.
·       Keluar diantara Sham dan Iraq.
Langkah yang mesti diambil seorang muslim dalam menghadapi dajjal:
·       Memohon perlindungan kepada Allah dari-Nya di setiap solat sebelum salam dengan membaca beberapa ayat pada awal  surah Kahfi.
Jadi,dengan seberapa tanda-tanda kiamat yang telah dikongsikan.. Sama-samalah kita “renovate” diri kita dengan membuat “transformasi”@ (hijrah) daripada yang baik kepada yang lebih baik dan juga men”improve” segala amalan baik. Semoga Allah memberkati segala amalan kita dan dipertimbangkan amalan kebaikan lebih berat dari amalan keburukan. AMIN…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan