Kisah Yaumul Asyura
Menceritakan tentang peristiwa yangmana nabi Musa a.s telah diselamatkan oleh Allah s.w.t daripada ancaman kaum firaun maka pada hari 10 Muharam (hari asyura) . Dan antara peristiwa yang lain adalah pembunuhan cucu nabi, Saiyidina Hussin r.a di dalam peristiwa Karbala .
Dan berkenaan dengan puasa sunat Asyura pula digalakkan kerana Rasulullah sentiasa berpuasa pada 10 Muharam bagi mengenang nabi Allah Musa. Dan pada ketika itu juga, apabila didapati oleh Rasulullah s.a.w bahawa kaum Yahudi di Madinah ketika itu juga berpuasa pada 10 Muharam. Maka Rasulullah bersabda,”Sekiranya aku hidup sampai ke tahun hadapan akan aku berpuasa pada hari yang ke-9. Maka di situ terdapat galakan dari baginda untuk berpuasa pada 9 dan 10 muharam bagi menunjukkan khilaf atau mukhlafah kita dengan Ahli Kitab kaum Yahudi dan Nasrani yang mana mereka ini kafirin(orang-orang kafir) tetapi mereka menumpang gembira atas keselamatan nabi Musa. Maka sekiranya hendak berpuasa, perlulah 1hari awal iaitu pada 9 muiharam sepertimana yang telah dianjurkan oleh Baginda. Tetapi barangsiapa tidak berpuasa pada 9 Muharam hendaklah dia berpuasa pada 11 Muharam bagi membezakan kita dengan Ahli Kitab kaum Yahudi dan Nasrani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan