Apa itu HADIS MUSALSAL?
Merupakan salah satu cabang ilmu hadis, salah satu daripada jenis-jenis hadis yang menceritakan tentang sanad ataupun hadis yang dinamakan berdasarkan tentang masalah sanad bukan matannya. Oleh itu, hadis musalsal merupakan secara ringkasnya dan secara mudahnya dita’rifkan sebagai sebuah hadis yang mana diikat dari 1 perwi ke 1 prwi dengan sifat-sifat yang tertentu yang sama , contoh hadis musalsal awaliyah yang mana diikat dengan “أول ما سمعتُ منه”. Setiap perawi akan menyebutkan kalimah tersebut. Dan hadis ini merupakan hadis yang diriwayatkan oleh syuyukhuna(guru-guru kami) yang terus sambung kepada Saiyyidina Abi Qatadah r.a yang mana daripada sanad yang pertama syuyukhuna, sampailah ke Abu Sufiyyan bin Uyainah. Semuanya menyebutkn “awwaluma sami’tyu minhu” iaitu hadis yang pertama kami dengar berkenaan dengan hadis-hadis musalsal daripada syuyukhuna. Bererti perawi selepas Abu Sufiyyan sehinggalah Abi Qatadah tiada tasalsul di situ,tiada tasalsul dari sudut “awwalu ma sami’tu”. Maka sebab itu di sana terdapat ulama’ menyatakan dalam sanad tersbut “فيه تسلسل انقطاعًا” mknanya ada انقطاع iaitu terputusnya dari sudut tasalsul berdasarkشn awaliyyah sampai ke Rasulullah tetapi dari sudut perawi yang meriwayatkan kepada kita dan terus kepada Saiyyidina Abu Sufiyyan bin Uyainah masihlah sama diikat berdasarkan taslsul iaitu “awwalu ma sami’tu minhu”, itulah sebagai salah satu contoh.
Contoh-contoh lain yang dikatakan tasalsul diikatnya perawi-perawi antara satu demi satu atas satu sifat atau satu keadaan yang sama seperti ketika mana baginda meriwayatkan hadis kepada para sahabatnya dalam keadaan memegang janggut baginda lalu para sahabat yang meriwayatkan hadis tersebut juga akn memegang jaggutnya. Maka sifat-sifat inilah yang mengikat dari satu perawi kepada satu perawi yang menyebabkan hadis tersebut adalah digelar sebagai hadis musalsal. Dan ada jenis hadis musalsal yang berbentuk zamani yang mana ianya tertakluk pada waktu-waktunya seperti musalsal yaumul asyura,yaumul arofah,aidilfitri, dan lain-lain. Dan ada juga hadis musalsal yang berbentuk umum diikat dengan sifat-sifat tertentu sepertimana baginda suka memakan labu,memotong kuku pada hari Khamis dan lain-lain yang mana sifatnya berterusan tanpa terputus.
Mohon untuk saya ambil catatan tuan sebagai entri blog saya. Saya baru diperkenalkan dengan musalsal bil aswadain oleh Ustaz Nazrul Nasir. Terima kasih
BalasPadamhttp://www.youtube.com/watch?v=7X2EkyjJ0Pc
BalasPadam